kudengari satu persatu.. menusuk timpa jauh menyusuri.. hanyut.. di dasar hati.. terhampar di situ.. mata mulai berkaca meruntun airmata.. jiwa mulai basah.. jasad mulai dingin.. karam.. di situ kutemui lagi.. diriMu.

Tuesday, March 24, 2015

...Indahnya perjalanan....

😊😊😊

Tiap detik getaran hati ini,
Pada tiap riak rasa yang ada,
Ia semakin mekar, semakin kukuh,
Dipasak kuat teguh mencengkam.

Bahawa
Rasa itu indah,
Rasa itu nikmat,
Rasa cinta yang ada
Kepada manusia.

Walau...
Realitinya seolah mustahil!
Nyatanya serasa tak mungkin!
Logikanya di mana?

Terima kasih Allah...
Begitulah Kau didik hati ini,
Begitu halus Kau ajar diri ini.

Mengenal itu harus,
Mendekati itu mesti,
Menyintai itu wajib,
Apatah lagi mengingat Mu...
Harus! Senantiasa!

Seiring dengan degup jantung ini,
Senada dengan hela nafas ini,
Sembari ketika tidur, maupun jaga,
Sewaktu berdiri, duduk atau berbaring,
Kau... yang harus kucinta

Walau...
Menyayangi Engkau itu pasti,
Menyintai Engkau itu mesti,
Bukanlah satu jaminan,
Bahawa...
Kebahagiaan akan Kau beri.
Bukan juga bermakna,
Diri ini tidak akan Kau uji.

Aku hamba Mu...
Umpama si pencinta yang khayal,
Sentiasa mengingati yang dikasihi,
Asyik mahsyuk mengingati si buah hati.

Allah
Walau rasa cinta untuk Mu..
Semakin menular,
Semakin hebat,
Semakin indah.

Namun... 
Aku tidak upaya meminta,
Apatah lagi mengharapkan apa-apa.

Sekadar memohon
Kau redhai aku
Kau rahmati hidupkan
Kau terima aku di sisi Mu

Sebagai manusia yang menghamba,
Golongan yang mendapat ketenangan hati,
Dan ketenteraman jiwa.

Aamiin.

-------------------------
Begitulah cinta...
Bukan untuk dimiliki,
Bukan juga tuk mengharapkan apa-apa.
Kerana kita manusia,
Tidak layak menuntut apa-apa,
Kerana kita tidak memiliki apa-apa.

Cinta harus dibuktikan
Dengan kesetiaan,
Dengan kesabaran.

Cinta itu untuk mengenal,
Untuk bina keyakinan diri,
Lantas bisa saling mempercayai...

Namun... cinta mesti ada,
Dan ia harus ada,
Dalam diri manusia.
Untuk sesama manusia,
Dan terutama... 
Cinta untuk Tuhannya.