kudengari satu persatu.. menusuk timpa jauh menyusuri.. hanyut.. di dasar hati.. terhampar di situ.. mata mulai berkaca meruntun airmata.. jiwa mulai basah.. jasad mulai dingin.. karam.. di situ kutemui lagi.. diriMu.

Tuesday, March 31, 2015

...Prakata

Bismillahi Rahmaani Raahim...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Laahaulawala kuwataillabillahilaliyiladzim... 
Sesungguhnya tiada daya upaya manusia hanya Allah jua...

Lewat senja itu aku menyempatkan diri memulakan pembacaan. Dalam hati aku bisikkan kalimah besar, Bismillah... 

Syukur... kerana akhirnya kitab itu dapat ku tatap... alhamdulillah... terima kasih.

Membaca "Prakata" sudah membuatkan hati ini menjadi galau... sedih, sayu dan syahdu. 

Ya Allah moga Kau beriku hati yang terang dan mudah untuk memahami. Sesungguhnya ini hanyalah secuil ilmu Mu... yang Kau berikan kepada hamba-hamba yang ingin mencari, ingin mengenal. Walau tujuh lautan dijadikan tinta untuk menulis dan mentranskripkan ilmu Engkau, tak akan cukup... ya Allah. Berilah aku keihklasan demi sebuah kefahaman. 

Antara perkataan penulis di bab ini, "...ini bagi menyingkap rahsia ketuhanan sebagai pakaian hidup dan tumpangan mati". 

Ingin juga aku ungkapkan harapan, "...akal hamba mu yang fakir, daif dan lemah ini, tidak mampu menyingkap tabir rahsia Mu yang ghaib, apalagi untuk membicarakan soal diri Mu Yang Maha Tinggi. Dengan yang tersirat di sebalik suratan kalam, hendaknya mendapat faham dengan izin Mu Ya Allah..."

Aamiin.

10 Jamadilakhir 1436

No comments:

Post a Comment