Aku: Mendengar ceramah "Kenal dirinya akan mengenal Tuhannya" dari YouTube
"Darjat yang paling tinggi di sisi Allah adalah darjat sebagai hamba...
Kalau manusia kenal dirinya kekal maka dia mengenal Allah tak kekal,
tetapi kalau manusia kenal dirinya tak kekal, maka dia akan mengenal
Allah lah yang kekal dan yang paling berkuasa. Kena kenal diri sebagai
hamba yang tiada daya upaya dan tiada apa2...
Lahaulawalakuwataillabillah...
Hakikat manusia tiada apa-apa... Semuanya daripada ALLAH...
Aku: Itu apa yang saya dapat quote daripada ceramah ni.
Dan saya memang kena ulang beberapa kali lagi, kena dengar lagi
berkali2, insya-Allah.. Macam apa yang dikatakan, kena dengar dalam
tenang, dalam tumpuan sepenuhnya... MasyaAllah.
Ya ALLAH... kurniakan aku rasa mengenalMu dengan sebenar-benarnya...
Aku: Manusia
dipanggil balik oleh Allah dengan panggilan "Wahai jiwa yang tenang..."
makna ketenangan itu boleh diperolehi dengan cara 'matikan diri'...
Baru saya ingat kata-kata semalam... "Nak dapat khusyuk dalam solat kena
'matikan diri' baru boleh khusyuk dengan sepenuh tumpuan kepada Allah
semata-mata.."
Sahabat: Baik, difahami sebagai pengenalan.., alhamdulillah..
Aku:"Darjat yang paling tinggi di sisi Allah adalah darjat sebagai hamba...
Kalau
manusia kenal dirinya kekal maka dia mengenal Allah tak kekal tetapi
kalau manusia kenal dirinya tak kekal, maka dia akan mengenal Allah lah
yang kekal dan yang paling berkuasa...."
Sahabat: Nyataan di atas dapat daripada mana?
Aku: Tajuk "Kenal dirinya akan mengenal Tuhannya" ceramah Ustaz Saripi Rawi.
Sahabat: Kefahamannya?
Aku:
Bila kita mampu kenal diri sebagai hamba...bukan atas nama kita
sebagai-sebagai apa pun juga, yang tak kekal..., dan kita rasa Allah itu
ada dekat walau tak bersentuhan, jauh tapi tak berjarak....
Sahabat: Itu kefahaman selepas dengar ceramah Ustaz Saripi Rawi?
Aku: Ya.
Sahabat:
Kupasan secara ringkas dalam banyak bab, tapi diberi penekanan lebih
dalam bab manusia sebagai hamba. Diperhalusi, ada hal yang tak boleh
dirungkaikan secara santai begitu... hal SULIT.
Sahabat: Tiga perkara yang perlu dipanjangkan, digali untuk pemahaman lebih jitu dan sebati dicetuskan yakni:
1. Siapa Aku?
2. Kiasan air hujan
3. Peristiwa Laduni Nabi Khidir yang menjadi guru kepada Nabi Musa as..
Sahabat: Boleh
difahami dengan guru di luar atau dengan apa cara sekalipun dari sumber
manapun ikut tingkat kefahaman masing-masing... Tahap yang boleh
difahami- BETUL untuk kita....TIDAK AKAN BERLAKU SESAT JIKA DINIATKN
UNTUK MENDEKATKN DIRI DENGAN ALLAH- EMPUNYA SEGALA2NYA.. YAKINILAH..
Aku: Bersama-sama kita..
Terasa kerdil, jahil.. Sungguh Maha Luas ilmu ALLAH.
Sahabat: Tapi yang teramat penting..
DOA KEPADA ALLAH SENTIASA AGAR DIBUKA SEGALA PINTU DAN DIPERMUDAHKN JALAN PERGI KE-DIA..."
awal muzakarahku dengan dia, sahabat yang disayangi...
Dan yang dicintai Allah SWT...
No comments:
Post a Comment