[catatan dari Penulisnya mahu tidak dikenali]
Hakikat hubungan Manusia dengan Allah.
Jika kita perhatikan hubungan hakikat Manusia dan hakikat ALLAH, ia suatu hubungan yang sangat erat dan amat mesra, seolah-olah dua nama bagi menunjukkan satu wujud.
Hubungan yang amat erat itu, umpama hubungan yang terjalin antara Ruh dan Jasad, sangat erat dan tidak dapat dipisahkan. Kerana eratnya hubungan itu, kewujudan ALLAH tidak akan diketahui tanpa wujudnya manusia, dan manusia tidak akan ada jikalau tidak wujud ALLAH. Manusia adalah maujud (yang menunjukkan) kepada yang wujud.
Dengan itu kewujudan manusia adalah bagi menunjukkan kewujudan ALLAH, dan ALLAH menjadikan manusia untuk menunjukkan Keadaan-Nya dan dan Kekuasaan-Nya.
Persoalannya, mengapa ALLAH yang menjadi Tuhan, dan Nur Muhammad (Ruh) menjadi hamba? Ini kerana ia telah termaktub di dalam perjanjian yang telah dibuat antara ALLAH dan Nur Muhammad, yang mewakili sekelian Ruh.
Perjanjian itu yang dibuat di Alam Ruh, ia adalah bersifat kekal dan tidak boleh ditukar-tukar lagi. Semasa di Alam Ruh, Ruh telah berjanji dengan ALLAH, atau perjanjian antara Nur ALLAH dan Nur Muhammad, atau perjanjian antara Zat dengan Sifat.
Dalam perjanjian itu Nur Muhammad telah memperakui Zat sebagai Tuhan dan Nur Muhammad sendiri sebagai hamba. Perjanjian itu dalam Quran Surah Al A’raf 7:172: “Bukankah Aku ini Tuhanmu? …Ya, kami menjadi saksi...”
Apabila Nur Muhammad memperakui Zat adalah Tuhannya, maka secara semula jadi Ruh perlu mengingati (berzikir) kepada ALLAH.
Itulah sebabnya Ruh diberi jasad supaya dapat menzahirkan diri Rahsia Zat, diri yang sebenar-benar diri, iaitu diri batin kepada Manusia.
Pentingnya perjanjian itu adalah, tanpa perjanjian itu Ruh tidak akan mempunyai jasad dan Zat Allah tidak akan wujud dalam ingatan (zikir).
Oleh itu Ruh perlu mengingat Zat, yang Zahir memuji yang ghaib (Batin). Jikalau manusia tidak berzikir atau mengingati ALLAH, maka kewujudan ALLAH tidak akan nyata, Zat akan ‘hilang’ dalam keghaiban dengan begitu sahaja.
ALLAH berfirman Quran Surah Al Baqarah 2:152: “Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat kepada mu… berterima kasihlah kepada-Ku dan jangan kamu mengkufuri nikmat-Ku...”
Ya..., tujuan Allah memberikan jasad kepada Ruh adalah untuk mengingatkan manusia tentang Zat-Nya, iaitu Tuhan semesta alam. Dan untuk mengingatkan bahawa setiap yang wujud di dunia ini adalah berasal daripada Zat Allah.
Tanpa adanya Diri Rahsia ALLAH... (…maka Ku tiupkan Ruh-Ku) pada manusia, adalah mustahil manusia wujud seperti yang ada sekarang ini.
Kesimpulannya kita beribadah dan berzikir... (mengingati ALLAH) adalah untuk mengingatkan diri kita sendiri... (Manusia) bahawa Ruh kita ini sebenarnya berasal dari Zat ALLAH, dan dengan itu perlu mengingati Zat ALLAH, iaitu Diri yang sebenar-benar Diri.
Menarik pembacaan dari buku Ana Al-Haq, dikatakan Zat itu ternyata dengan dua kesempurnaan-Nya, iaitu Zat ternampak pada anda (Manusia...) dengan Keindahan-Nya dan Keagungan-Nya. Jika Ia tidak menampakkan diri-Nya pada anda iaitu Manusia..., di mana lagi Ia akan menampakkan diri-Nya?
Maulana berkata:
“Jika berkehendakkan bayangan-Nya, lihatlah muka manusia.
Lihat di situ Zat Allah, dengan terang dalam senyumannya”
Kisah Sufi Abu bin 'Azhim
Hubungan manusia dengan Allah sangat erat... ibarat Ruh dan Jasad.
Seolah-olah dua nama bagi menunjukkan satu wujud..., sangat erat dan tidak dapat dipisahkan. Kerana eratnya hubungan itu, kewujudan ALLAH tidak akan diketahui tanpa wujudnya Manusia, dan Manusia tidak akan ada jikalau tidak wujud ALLAH. Manusia adalah maujud... (yang menunjukkan) kepada yang wujud, iaitu ALLAH... sebagai penampakan Dia.
Dalam 'kembarahakikat' ku menuju cinta ALLAH, jika namaku belum 'didaftarkan' sebagai pencinta ALLAH maka aku harus berusaha mencintai manusia... (yang maujud...) dan mencintai makhluk-makhluk ciptaan-Nya jua.
Dari kisah Sufi di atas, malaikat berkata, “....bahawa engkau tidak akan pernah bisa mencintai Tuhan sebelum kamu mencintai sesama manusia...”
Maka aku ingin mencintai Manusia yang sangat mencintai ALLAH itu... (...yang berupa penampakkan ALLAH jua)... mencintainya dengan seikhlas hatiku... agar suatu hari nanti namaku bisa didaftar sebagai pencinta ALLAH jua...

No comments:
Post a Comment