kudengari satu persatu.. menusuk timpa jauh menyusuri.. hanyut.. di dasar hati.. terhampar di situ.. mata mulai berkaca meruntun airmata.. jiwa mulai basah.. jasad mulai dingin.. karam.. di situ kutemui lagi.. diriMu.

Saturday, August 15, 2015

Baitullah...

Assalamualaikum wbt…

Syukur Alhamdulillah.

Hari ini bersamaan dengan 30 Syawal 1436 H. 
Bermakna, hari ini adalah Syawal terakhir untuk tahun 2015. 
Esok sudah masuk 1 Zulkaedah.

Kepada yang menerima 'undangan' ke Baitullah, dengan segenap penghayatannya… bersama roh dan jasad... Moga mabrur jua!

Doa di bawah ini saya kutip daripada novel karya buya Hamka bertajuk "Di Bawah Lindungan Kaabah", dilafazkan oleh "Hamid" watak utama dalam novel tersebut, ketika beliau melakukan tawaf...



“Ya Allah, Ya Tuhanku. 
Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Bahawa di bawah lindungan Ka’bah, 
rumah Engkau yang suci dan terpilih ini, 
aku menadahkan tangan memohon kurnia. 
Kepada siapa lagi aku akan memohon, kalau bukan kepada Engkau, ya Allah! 
Tidak ada seutas tali pun tempat aku bergantung selain daripada tali Engkau; 
Tidak ada satu pintu yang akan aku ketuk, selain daripada pintu Engkau.
Berilah kelapangan jalan buat ku untuk pulang kehadrat Engkau. 
Aku ingin menuruti orang-orang yang bertali hidupnya semata-mata kepada Engkau. 
Ya Allah, Engkaulah Yang Maha kuasa, 
Kepada Engkaulah kami akan kembali… ”

Aamiin






Friday, August 14, 2015

Manusia... dan kemanusiaannya

Salam Jumaat... sayyidul ayyam, penghulu hari.

Saya teringat ayat yang selalu saya sebut suatu ketika dulu tatkala bergelar perantau, "Apa yang penting dan jadi matlamat utama adalah memanusiakan manusia" Bukan semata-mata nak dapat ilmu buku, dapat teori tetapi yang penting ilmu hidup, ilmu supaya 'jadi manusia' seutuhnya. Punya hati, punya perasaan, punya ehsan... dipelihara selalu!

Sesuai dengan firman Allah dalam surah at-Tiin:4, yang bermaksud, "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)"

Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang Allah cipta, dengan segala 'kelengkapan', dengan sifat zahir- jasad yang dipinjamkan Allah, sesuai dengan keperluan manusia untuk hidup, bekerja, beraktiviti dan sebagainya. Dan sifat batin, iaitu ruhani atau roh- nafas untuk hidup, diberi akal untuk berfikir, dan diberi nafsu untuk berperasaan. Dan yang penting dapat menggalas fungsi-fungsi kemanusiaannya, jasad/zahir manusia itu.

Sambil berfikir itu, benak saya menerawang jauh, sementelah mata saya ketika itu sedang menatap online news mengenai ribuan pelarian Rohingya yang hanyut di tengah laut. MasyaAllah. Bukan sahaja kaum lelaki, malahan ada wanita dan kanak-kanak. Kapal atau tepatnya tongkang yang mereka naiki sarat dengan manusia dan barang-barang. Dalam hati saya terdetik, "Kalau lah kapal ini karam..." Apakah syahid mereka-mereka ini? Mereka melarikan diri, memohon perlindungan daripada kekejaman dan penindasan yang berlaku di dalam negara sendiri. Ditindas oleh penguasa kafir yang punya matlamat menghapuskan mereka... (etnik Rohingya) yang majoritinya Muslim. Sungguh... Allah yang berkehendak. Tentu punya hikmah pengajaran yang sangat besar.

Ralit saya terganggu bila pakcik HP berbunyi. Ada WhatsApp yang masuk. Info dari group xUGM-Yogya. Tepatnya dari seorang sahabat, yang kini doktor pakar kanser di Hospital Serdang, mengajak saya menyertai program amal, "Memberi makan kepada para gelandangan di sekitar Bandaraya KL". Saya respons, "InshaaAllah. Nanti beri info lanjut ya".

Sedang terkial-kial menaip di keyboard HP dengan jari jemari saya yang sedikit besar ini... (lalu asyik typo jer...) kakak saya sampai. Kami berjanji nak ke kilang Beryl's. Anak-anak nak bagi kawan-kawan mereka yang datang beraya coklat saja, instead of duit raya. Okay lah. Saya ikutkan jer. Alasan mereka, kita bagilah coklat yang sedap. Sebab kawan-kawan ada yang tak tau ada kilang coklat sedap kat sini. Dalam hati saya berkata, syukur juga dorang tak minta dua-dua. Bagi coklat dan duit raya. 'Selamat' bajet ibu nyer.

Saya pun bersiap-siap untuk keluar. Oleh sebab kakak belum sarapan, maka kami menuju ke restoran mamak dulu. Saya pun turut sarapan untuk yang kedua kalinya. Roti kosong dan kopi O panas.

Sedang leka menikmati sarapan, datang tiga orang kanak-kanak lelaki. Ketiga-tiganya saya kira adik-beradik. Rambut mereka sedikit keperangan. Bukan sebab mereka orang asing atau keturunan mat saleh tapi perang macam tu biasanya sebab banyak terdedah kepada pancaran matahari, berpanas. Mereka menadah tangan, minta duit nak beli makanan, katanya.  Sebelum bagi duit, saya dan kakak galak 'menemuramah' mereka. Ya lah kan, tak pernah-pernah ada 'peminta sedekah' seperti ini. Memang saya akui, kawasan perumahan flat di sekitar sini suatu ketika dulu adalah penempatan sementara kepada mangsa peperangan pembersihan etnik Bosnia-Herzegovina. Flat-flat di sini lebih terkenal sebagai "Flat Bosnia" walaupun kini dah tak ada sorang pun orang Bosnia yang tinggal di situ. Selain beberapa kerat orang tempatan, rata-ratanya adalah pekerja asing Nepal, Vietnam, Bangla, Philipine dan Indonesia... (tak yah cakap lah. Memang mereka majoriti...) yang dibawa masuk oleh toke-toke kilang berdekatan. 

Daripada sesi interrogation, kami dapati mereka bertiga adalah penduduk flat Bosnia. Ayah orang Indonesia, bekerja kontrak di Kajang, dan emak orang Sabah kerja di KLIA... (jauh tu..) Pagi-pagi bila emak, ayah nak keluar bekerja, mereka di suruh duduk di luar rumah tanpa apa-apa bekalan duit atau makanan. Pintu dan grail rumah dikunci. Bermakna anak-anak ini memang dibiarkan merayau-rayau di sekitar flat mengharapkan belas ehsan orang ramai. Mereka ini masih usia kanak-kanak. Yang abang baru umur 10 tahun, nombor dua 8 tahun dan adik nya 4 tahun. MasyaAllah!... ada emak ayah yang tega memperlakukan anak-anak seperti ini.

Dan memang benar, bila kanak-kanak itu berlalu setelah kami belikan makanan, dan beri sedikit duit, pekerja restoran beritahu, budak-budak tu tiap hari masuk restoran, minta 'sedekah' dari orang yang duduk makan. Saya dan kakak saling memandang. Pada kami, kan ker baik kalau toke restoran sedekah makanan pada budak-budak bertiga tu. Cuma yang jadi sedikit curiga, nanti emak ayahnya ambil kesempatan pulak. Lepas tangan dan tanggungjawab terhadap makan minum anak-anak nya, serah kepada orang. Atau mungkin, awal-awal dulu memang begitu kisahnya. Entah lah...  

Ini yang kadangkala kita jadi serba salah. Kita membantu, menolong sebab kesian tengok budak-budak, tapi ibarat menggalakkan perbuatan tak bertanggungjawab emak ayah nya, dan kalau tak menolong, buat-buat tak nampak, tentu dianggap tak punya perasaan, tiada sifat perikemanusiaan. Memang serba salah dibuatnya.

Selesai membeli coklat, dalam perjalanan balik, saya dan kakak banyak membicarakan perihal kanak-kanak yang minta sedekah tadi. Pada saya, yang penting niat. Membantu kerana pada ketika dan saat itu tadi, kanak-kanak bertiga tu memang 'wajib' dibantu. Memang mereka sedang kelaparan, dan dahaga. Merayau-rayau di sekitar flat, perumahan dan tak ada tempat berehat yang sepatutnya. Tentang sikap emak ayah dorang, kita hanya boleh mendoakan yang terbaik. Pasti ada hikmah yang sangat besar, kenapa Allah temukan kami... (saya dan kakak) dengan kanak-kanak seperti ini, dengan perangai emak ayah yang sebegini. 

Sebenarnya ramai orang di sekeliling kita... di sekitar saya, kakak dan kita semua sangat memerlukan bantuan. Tak kira lah usia berapa pun mereka, sama ada kanak-kanak, orang dewasa, warga emas. Mereka berada di sekeliling kita, berdekatan dengan kita dan sangat memerlukan bantuan. Sama ada dari segi wang ringgit, makanan, tempat tinggal, perlindungan dan yang tak kurang penting adalah perhatian dan kasih sayang. 

Maka  tidak perlu saya bersusah payah jauh-jauh ke Bandaraya KL sana seawal dinihari kerana mencari gelandangan yang 'layak' diberi makanan, sedangkan di sebelah saya ada kanak-kanak yang kelaparan, dalam kejiranan saya ada keluarga yang dapurnya tak berasap kerana tiada apa untuk dimasak.

Dan benak saya terus berfikir, sebegitu jugalah misi kemanusiaan negara, membawa masuk pelarian perang Bosnia dari Eropah sana suatu ketika dulu, sedangkan beberapa bulan sudah, di perairan kita sudah sedia menanti sekapal ratusan rakyat Muslim Mynmar, etnik Rohingya yang memohon, merayu untuk masuk ke negara kita, 'menumpang' tinggal untuk meneruskan kehidupan. Allahuakhbar! Siapalah kita untuk meletakkan syarat sempadan negara dan batas kewarganegaraan di bumi Allah ini, hingga hilang rasa kemanusiaan.

Negara ini- pihak-pihak berkaitan maupun individu-individu tertentu merasa diri hebat, pukul canang, merekalah 'juara baik hati' kerana bila berlaku sahaja peperangan, penindasan, bencana alam di mana jua ceruk dunia, kepemimpinan negara segera mengarahkan dan individu-individu tertentu ini akan segera sampai dengan membawa pelbagai bantuan dan misi untuk menolong atas nama negara, atau atas tiket agensi dan parti-parti tertentu. Tetapi bila berhadapan dengan isu Rohingya, tak ada tindakan untuk membantu dibuat, malahan masing-masing senyap tanpa suara. Sedangkan, di forum-forum parti dan pentas-pentas kempen, mengakui diri jaguh- 'wira', 'malaikat penolong'. Bukankah ini 'simpatisme', atau keprihatinan yang tak ikhlas, double standard. 

Namun sekali lagi... inilah hikmah pengajaran yang sangat besar. Iktibar Allah hadapkan negara dengan keadaan seperti ini. Ujub riak dengan amal baik yang dilakukan. Konon sanggup meredah lautan ke Mesir, Palestine, Iraq, Philipine dan seluruh dunia untuk membantu, tetapi bila sudah di hadapan muka, membantu orang di depan mata, yang memang jelas mengharapkan bantuan, banyak pula alasan yang diberi. 

Seketika lamunan saya buyar, tatkala kereta kakak berhenti di depan rumah. Saya turun kereta, dengan kedua-dua tangan penuh memegang bag-bag plastik berisi coklat yang dibeli. Tiba-tiba seekor anak kucing mengiaw-ngiaw membelit-belit kaki. Hampir jatuh saya dibuatnya kerana kaki dihadang melangkah. Allahuakhbar! Rasa nak marah pun ada. Tapi segera hati ini memujuk. Bukankah baru tadi 'engkau' diberi hikmah pengajaran tentang keprihatinan. Tentang peri kemanusiaan! Apakah kini 'engkau' lupa bila berhadapan dengan binatang, dengan seekor anak kucing yang sedang kelaparan?

Ya Allah... peliharaan-Mu itu sentiasa ada.


----------------------------------

Beberapa bulan sudah, seorang sahabat lama berkisah, bahawa dua kali dia bermimpi. Dalam mimpi itu dia sedang menguruskan pusat jagaan orang-orang tua, warga emas. 

Ketika itu kami sedang menghadap sarapan pagi di Anjung 17, bangunan pejabat. Actually saya tak lah terlalu serius menanggapi kerana sahabat ini sama seperti saya, hanya seorang kakitangan biasa, dengan keluarga yang biasa-biasa juga. Dan sebelum ini dia tak pernah pun terlibat dengan mana-mana aktiviti kebajikan. Namun saya katakan padanya, dengan tujuan 'ambil hati', "Bukan suatu yang mustahil untuk direalisasikan. Mana tau ada individu-individu tertentu yang punya duit, berharta, punya tanah atau bangunan, dan mahu membantu, ada niat berbuat kebajikan datang jumpa kita, offer kita untuk realisasikan niat baik dorang. Minta kita uruskan rumah kebajikan dorang. Kan segalanya Allah yang mengatur. Kalau Allah dah tentukan begitu... syukur alhamdulillah lah"

-----------------------------------

Kini... saya pulak yang banyak memikirkan....






Thursday, August 13, 2015

Muhasabah... diri sendiri

... Puisi fynJamal...


Ada orang sudah merdeka,
Tetapi kemanusiaannya tiada.

Ada orang punya agama,
Tetapi imannya entah di mana.


... Puisi saya...

Namun kenyataannya,
Adalah lebih menghiba,

Andai punya kebebasan, punya Tuhan
Tetapi tidak berusaha untuk mengenalkan.

Ada kedudukan tidak terperi,
Tetapi tidak mengenal diri.

Ada status disanjung tinggi,
Tetapi rakus memunah peribadi,

Ada jawatan mulia di dunia,
Lantas ingin berkuasa selama-lamanya.



Ada pemilik mutlak jiwa,
Izin kehendak Allah terpelihara.

Muhasabah diri... aku sendiri!









Wednesday, August 12, 2015

Ubah... lah

Assalamualaikum...

Malam tadi saya sempat membelek-belek majalah Solusi. Jam dah menunjukkan pukul 10.32 malam, tetapi mata saya masih belum mau lelap. Maka saya capai majalah. Kot-kot lah bila membaca mata ini jadi penat lalu mengantuk.

Selak-selak laman majalah, saya tertumpu pada satu artikel tentang "Islam... yang kini tidak lagi indah...!" Lalu keinginan saya untuk tidur jadi buyar dek kerana artikel yang dipaparkan agak menarik perhatian.

Artikel ini membicarakan tentang kedudukan Islam dan Muslim kini. Bagaimana Islam yang menjadi sebahagian besar agama manusia di dunia, penduduk bumi, kini sedang berkembang pesat, tetapi dengan imej dan keindahan nya semakin jatuh dan merudum. Tiada kesatuan dan persatuan di antara negara-negara Islam. Bukan sahaja dari sudut politik, tetapi ketaasuban agama juga turut memecahbelahkan umat Islam dengan pelbagai mazhab, tarikat, asobiyah dan sebagainya.

Daripada keseluruhan populasi manusia di atas dunia ni, 2/10 atau 22% adalah Muslim atau bersamaan dengan 1.57 bilion penduduk bumi. Manakala Kristian sebanyak 2 bilion populasi nya. 

Sementara daripada keseluruhan 22% Muslim di dunia, 80% daripadanya adalah bukan berbangsa Arab, iaitu termasuk lah kita-kita ini, orang Melayu, Jawa, Minang, Pattani, Rohingya, Muslim di negara-negara Jepun, Korea, Afrika dan di Barat, serta Eropah.

Mengikut paparan artikel tersebut, Islam adalah agama yang paling cepat kadar pertumbuhannya, iaitu sebanyak  2.9% setahun. Islam adalah agama yang ada di hampir 190 buah negara dalam dunia, dengan 49 buah negara memiliki majoriti rakyat Muslim. Dan sebanyak 72 buah negara daripada 190 negara tersebut memiliki populasi rakyat Muslim melebihi 1 juta orang.

Namun amat menyedihkan kerana daripada jumlah tersebut, 16.4 juta daripadanya adalah orang Islam pelarian. Seramai 5 juta orang adalah pelarian rakyat Palestine, yang di'jajah' oleh... (hanya) 6.2 juta orang Yahudi di tanah air mereka sendiri. Jumlah pelarian Palestine dan Yahudi ini hampir sama banyak. Sedangkan negara Palestine itu sendiri dikelilingi oleh negara-negara Islam- sebanyak enam buah negara iaitu Mesir, Turki, Jordan, Arab Saudi, Syria, Lebanon, dan Iraq yang sedikit jauh, dengan jumlah populasi keseluruhannya seramai 190 juta Muslim. Dengan jumlah yang begini ramai namun tetap saja tidak mampu untuk berbuat apa-apa bagi membantu rakyat Palestine yang semakin tertindas. 

Terdapat 3 juta pelarian Afghanistan dengan konflik peperangan yang sudah tercetus sejak tahun 1978 lagi.. (sudah sangat lama) dengan kematian sekitar 2 juta orang. 

Pelarian rakyat Muslim di Sudan seramai 1.9 juta, dan yang terkini konflik peperangan di Syria yang menyebabkan seramai 6.5 juta rakyat menjadi pelarian dalam negara tersebut sejak tahun 2011. 

Populasi umat Islam yang meningkat dari tahun ke tahun, dianggarkan pada tahun 2030 populasi Muslim dunia mencapai 35% di mana 79 buah negara akan memiliki populasi rakyat Muslim melebihi 1 juta orang. Sebanyak 58.2 juta Muslim akan berada di negara-negara Eropah menjelang tahun 2030, dan di benua Amerika seramai 6.2 juta. Dan diramalkan juga negara-negara seperti Belgium, Canada dan Belanda bakal memiliki populasi rakyat Muslim melebihi 1 juta orang.

Kini jumlah Muslim di Eropah adalah seramai 44 juta orang, dengan jangkaan 30 hingga 50 ribu orang asal Perancis akan convert kepada Islam, menjadi Muslim dalam lima tahun kebelakangan ini. Dan di Jerman setiap tahun hampir 4 ribu orang bertukar agama kepada Islam. Jumlah populasi Muslim di Russia melebihi jumlah populasi rakyat Muslim di Jordan dan Libya, sementara populasi rakyat Muslim di China, lebih ramai daripada Muslim di Syiria. 

Jumlah populasi yang meningkat dan bertambah ini tidak seiring dengan kekuatan ummah umat Islam seluruhnya. Malah kini umat Islam, dan negara-negara Islam semakin lemah, dipenuhi dengan pelbagai konflik- perebuatan kuasa/politik, pertentangan kefahaman, pecah amanah, dan juga masalah ekonomi. Penindasan dan kematian akibat peperangan, kelaparan, pelarian dan sebagainya berleluasa. Umat Islam ramai tetapi ibarat buih di lautan. 

Hal ini seperti mana digambarkan lewat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi makanan dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih-buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Mengapa manusia sangat cinta kan dunia dan takut mati? Ini kerana manusia memandang bahawa dunia ini adalah tempatnya segala kesenangan, dan kematian adalah pemutus kesenangan tersebut. Terlebih lagi kepada para penguasa, para pemimpin yang punya kuasa. Dengan kuasa yang ada, mereka beroleh kesenangan, harta, pangkat, kedudukan yang ingin di'pegang' selama mungkin, sebanyak mungkin hingga merasa tidak mahu mati, seolah-olah mereka tidak akan mati.

Negara ini memiliki majoriti penduduk beragama Islam. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi negara. Namun bukan suatu yang pelik jika ada yang mengatakan bahawa Islam di negara ini tidak kelihatan keindahannya atau muncul persoalan, "Di mana indahnya Islam itu?"

Islam agama yang sukakan kebersihan tetapi isu kebersihan masih menjadi masalah utama di hampir semua negara Islam, tidak terkecuali di negara ini terutama di kawasan perbandaran, hingga menjadi salah satu punca banjir kilat, merebaknya penyakit-penyakit bawaan. 

Islam agama berkasih sayang tetapi negara Islam paling banyak berperang sesama sendiri. Perang saudara antara puak, antara suku walaupun seagama menyebabkan rakyat terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri.

Islam agama harmoni, dan perdamaian. Sedangkan negara Islam yang paling banyak kacau bilau dan penindasan.

Dan Islam itu adalah agama yang paling 'mengamankan' jiwa dan hati. Namun agak terkilan bila mendapat pemimpin, seorang yang beragama Islam, dalam negara yang mempunyai majoriti rakyat Muslim tetapi realitinya rakyat makin hari semakin dihurung kegelisahan, jiwa tak tenang, kerana merasa tidak yakin dengan kepemimpinan yang ada hingga tekanan perasaan dan penentangan berlaku. 

Krisis kepercayaan bukan sahaja di peringkat rakyat bawahan tetapi juga di peringkat barisan kepimpinan negeri dan Raja. Penguasa Muslim yang diberi mandat sebagai 'khalifah' bertindak seperti diktator yang tak punya iman. Nepotis, kronis, monopolis, metarialis dan korupsi menjadi-jadi. 

Kalau Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa, "...ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh... ibarat buih-buih di laut..." Maka begini ini lah. Ramai orang Islam, majoriti pemimpin tertinggi negara beragama Islam, tetapi tidak membantu kepada kekuatan agama, tak membangunkan ummah, melanggar amanah, dan menyebabkan timbulnya perpecahan. Muncul beberapa golongan dan berpuak-puak, antara yang menyokong dan menentang pucuk pimpinan. Sedangkan musuh-musuh Islam di dalam dan di luar sanun sedang memerhati, bertepuk tangan. Menunggu saat dan ketika negara Islam ini 'jatuh terpuruk'. 

Dan lebih membimbangkan, bila sikap pemerintah ini, di mana semua tujuan dan matlamat mereka... (bagi memastikan tampuk kuasa dan kekayaan kekal) menghalalkan segala cara. Maka 'peringatan' Allah pula yang datang/turun. 

Sibuk pulak nanti panggil ustaz dari Mekah untuk jadi imam 'solat hajat perdana', minta negara aman makmur. Sebab kalau panggil ustaz tempatan, takut baca doa minta hajat lain pulak... 

Tapi kalau buat solat hajat, minta Allah ubah pemimpin kita ni jadi seorang yang amanah dan lebih bertanggungjawab, pun baik juga kan. Sebab kalau tidak nanti, rakyat yang berubah.. camana!

Dah dekat pukul 12 tengah malam barulah mata ini rasa nak lelap.
Tidur dulu lah... Bismillah.... 


Tuesday, August 11, 2015

Tulisan...

"Terima kasih ya Allah"

Satu ayat yang saya tulis dengan tangan dan letak di depan meter kereta.

Saya tak ingat tahun bila saya meletakkannya di situ, tapi saya ingat tujuan saya melakukannya iaitu atas rasa syukur saya yang amat-amat sangat kerana selamat daripada kemalangan.

Satu hari, dalam perjalanan memandu balik dari pejabat, saya terlelap. Padahal sekelip mata saja, tetapi bila buka mata, kereta sedang meluncur laju di bahu jalan belah kanan, atas rumput. "Allahuakhbar..." itu perkataan yang terpacul daripada mulut saya. Tika itu juga jantung saya berdegup kencang. Namun syukur saya tak panic. Saya masih boleh berfikir. Sedangkan kalau lambat bertindak dalam 5 meter di depan adalah pokok dan tebing junam yang menanti.

Allah gerakkan kaki saya menekan brake, dan tangan saya pula kuat memegang stering kereta. Sungguh... terima kasih ya Allah. Itu yang saya lafazkan apabila kereta berhenti. Dan perkataan itu terus saya ucapkan dalam hati sepanjang saya meneruskan perjalanan hingga sampai ke rumah. 

Hingga kini, tiap kali melalui jalan tersebut pasti kejadian yang mencemaskan itu saya ingati dan tulisan "Terima kasih ya Allah" di depan meter kereta saya renung.

Isu nampak mudah, nampak kecik kan. Apalah sangat... hanya menulis perkataan "Terima kasih ya Allah". Atau dalam bahasa omputeh, "Thank you Allah". Sedangkan dalam bahasa Arab, "Alhamdulillah..." bukan bermaksud "Terima kasih Allah" tetapi "Segala puji hanya untuk Allah". Jadi disebabkan saya tak pandai bahasa Arab... maka untuk menyatakan rasa syukur saya, rasa terima kasih saya pada aturan Allah itu, saya tulislah "Terima kasih ya Allah".

Sebenarnya Allah tu faham... bahasa apa pun yang saya gunakan.. ya tak. Even, saya tak tulis pun Allah tahu apa yang ada dalam hati saya. Dalam fikiran saya, bahawa saya berterima kasih kepada-Nya.

Itulah bezanya perbuatan, perkara zahir yang kita lakukan dengan perkara batin, dalaman kita. Orang nampak apa yang zahir, syariat yang kita tunjukkan. Jasad kita yang bergerak, suara kita, dan sebagainya. Jika baik perbuatan, akhlak kita, dengan mudah orang mengatakan kita seorang yang baik. Tetapi sesungguhnya yang penting apa yang ada di dalam hati kita, qalbu kita. Keyakinan kita terhadap Allah. Memegang kuat hakikat bahawa Allah tahu apa yang ada dalam hati kita bahawa kita yakin segala-galanya dalam Pentadbiran Allah yang maha mentadbir. "Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapan mu kepada yang lain) kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu" Al-Ahzab:3. 

Yakin terhadap sifat "Maha-Maha" nya Allah itu dalam semua perkara, termasuklah membaca apa yang ada dalam hati saya, dalam qalbu saya yang sangat berterima kasih kepada-Nya. Tak payah tulis pun Dia tahu... kan!

Tetapi bagaimana untuk kita tunjukkan kepada manusia, terutama kepada anak-anak bahawa kita harus berterima kasih kepada Allah? Mungkin, ini salah satu caranya. Tulis lah.. "Terima kasih ya Allah" atas perlindungan-Nya dan keselamatan yang Dia tetapkan untuk saya, hingga terselamat daripada kemalangan. 

Apakah cukup dengan tulisan saya boleh tunjuk tanda terima kasih pada Allah, kepada anak-anak? Tentu tidak. Tetapi susuli dengan penerangan bahawa dengan adanya tulisan tersebut, saya sentiasa diingatkan untuk bersyukur, mengucapkan "Alhamdulillah.." ucapan yang juga sebagai zikir. Tanda syukur yang paling hebat adalah solat. Perbuatan solat itu juga harus ditunjukkan, dizahirkan kepada anak-anak, sebagai contoh ikutan. Tetapi niat solat itu adalah semata-mata kerana Allah, dari Allah, untuk Allah. Bukan solat kerana manusia!

Tanpa sifat Allah yang ada pada kita, tanpa fiil Allah dalam diri kita dan tanpa izin Allah tentu kita tak akan mampu waimma mengangkat takbir. Kita bukan solat sebab nak tunjuk kepada sesiapa, atau untuk nak harapkan apa-apa. Solat semata-mata kita ini hamba. Zikir semata-mata kita ini hamba yang sangat lemah. Tak upaya selain dengan izin dan kehendak Allah. Dan yang paling penting adalah keredhaan Allah yang kita harapkan.

Atas apa jua perkara yang berlaku, ikhlas, redha, sabar dengan bersyukur.
Terima kasih ya Allah...   


Monday, August 10, 2015

'Ain...

Assalam...

Ini saya copy-paste info tentang penyakit yang berpunca daripada 'Ain atau disebut sebagai penyakit yang berpunca daripada mata atau pandangan.



Sebenarnya secara kebetulan saya dapat maklumat tentang penyakit ini ketika menggunakan perkhidmatan pakcik google, mencari tips-tips dan penawar bagi kanak-kanak yang selalu menangis malam. 

Kepada ibu ayah yang pernah mengalami situasi sedemikian tentu stress dan panic kan. Kadangkala kanak-kanak atau bayi ini menangis kerana kembung, lapar, demam, hidung tersumbat akibat selsema dan pelbagai macam lagi. Ini semua penyakit yang ada simptom dan boleh didiagnosis oleh doktor atau pakar perubatan.


Namun yang merisaukan dan memeningkan kepala ibu ayah bila doktor mengatakan, anak atau bayi kita sihat, tiada apa-apa simptom menghidap sebarang penyakit. Sedangkan anak kita menangis umpama sedang kesakitan yang amat sangat, menangis hingga ada yang mendapat 'tarek-tarek' umpama putus nafas, tercungap-cungap.

Syukur alhamdulillah, anak-anak saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Waktu malam tidur mereka lena hingga ke pagi. Kini kedua-duanya sudah lebih tinggi daripada saya. Namun sebaliknya saya sendiri, pernah mengalami 'sakit' yang mengikut diagnosis doktor sebagai 'tidak sakit'. Sedangkan saya seperti orang sakit tenat, terbaring lemah, tidak menangis, tidak bergerak normal seperti mana bayi dan kanak-kanak lain.

Ini semua bermula seawal usia saya 7 bulan, hingga saya berusia 1 tahun 7 bulan. Saya hanya berada di atas tilam. Tumbersaran badan hanya berlaku di sebelah kiri. Rambut sebelah kiri sahaja memanjang, air mata sebelah kiri sahaja mengalir, tangan sebelah kiri sahaja yang bergerak, begitu juga kaki. Keadaan ini menyebabkan emak saya terpaksa berhenti kerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah. Itulah pengorbanan seorang ibu... kan (Terima kasih emak...) 

Mengikut cerita emak, saya mula 'sakit' selepas didatangi oleh seorang jiran, mencium-cium saya yang ketika itu berada di dalam buaian. Mungkin kerana geram atau apa, emak kata saya digumus-gumus (bahasa emak saya, yang bermaksud dicium banyak-banyak kali...) oleh makcik tersebut hingga saya menangis. Petang itu juga saya demam dan kemudiannya diam, tidak berbunyi. Tidak pandai menyusu (tidak mampu menghisap puting susu). Makan iaitu susu badan yang disuap dengan sudu. 

Selama setahun emak ayah berusaha pelbagai cara mengubati saya yang seperti 'mati' tetapi mata terbuka, boleh berkelip (mata sebelah kiri sahaja). Dibawa berubat hingga ke Singapura, ke Selangor (waktu itu kami masih di Johor Bharu) hinggalah suatu hari emak dikunjungi oleh seorang nenek angkat yang datang berziarah. Alhamdulillah... dengan izin Allah jua, ikhtiar nenek angkat membantu, Allah lorongkan. Maka pada usia 1 tahun 7 bulan saya kembali menangis seperti bayi dan kanak-kanak lain. Mula belajar duduk pada usia hampir dua tahun, dan boleh berjalan pada usia 2 tahun 6 bulan... syukur. Terima kasih Allah.

Dan kini saya, sama seperti orang lain... "umpama mati hidup semula!"

Hanya saja, saya tidak mampu mengingat apa yang saya rasa tatkala terbaring lesu selama setahun, kerana ketika itu masih bayi, belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang Engkau, ya Allah.

Dan saya kira pernah juga berlaku, kepada orang lain. Ketika sedang duduk, tiba-tiba badan serasa lemah, sengal, sakit di tengkuk kerana diperhatikan oleh seseorang yang duduk berdekatan atau berdepan dengan nya.

Apakah simptom 'sakit' saya, dan rasa sakit oleh orang ini boleh dikategorikan sebagai penyakit 'Ain...?

---------------------------------------------------

Penyakit Ain

Dalil-dalil tentang adanya penyakit 'Ain

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi SAW bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qodar, maka akan didahului oleh 'Ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah. (hadis Riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda, Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari 'Ain (mata jahat) karena sesungguhnya 'Ain itu haq (benar). HR ibnu Majah

Apakah penyakit ain itu?

Penyakit ‘ain adalah penyakit yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Dari Amir bin Robi’ah r.a:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ أَوْ مِنْ نَفْسِهِ أَوْ مِنْ مَالِهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيُبَرِّكْهُ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Rasulullah SAW bersabda, “Jika salah seorang daripada kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkahan padanya, karena sesungguhnya penyakit 'Ain itu haq (benar). HR Ahmad

‘Ain dapat terjadi meskipun tanpa kesengajaan pelakunya

Ibnu Qoyyim rahimahullah mengatakan bahwa kadangkala seseorang boleh mengarahkan ‘Ain kepada dirinya sendiri. Pelakunya termasuk jenis manusia yang paling jahat. Sahabat-sahabat kami dari kalangan ahli fiqh menyatakan, "Sesungguhnya bila diketahui ada orang yang melakukan hal itu, maka penguasa kaum muslimin harus memenjarakannya, lalu dipenuhi seluruh keperluannya hingga akhir hayat.”

Namun kadangkala, akibat buruk 'Ain terjadi tanpa sengaja dari orang yang memandang takjub terhadap sesuatu yang dilihatnya. Lebih daripada itu, akibat buruk ini juga boleh terjadi dari orang yang hatinya bersih atau orang-orang yang soleh sekalipun mereka tidak bermaksud menimpakan 'Ain kepada apa yang dilihatnya. Hal ini pernah terjadi di kalangan para sahabat Nabi Muhammad SAW, padahal hati mereka terkenal bersih, tidak ada rasa iri atau dengki terhadap sesamanya. Akan tetapi dengan izin Allah, dan takdirnya, akibat buruk 'Ain ini boleh terjadi di antara mereka.

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahwa, Amir bin Rabi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir, "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah ku lihat kulit yang sebegini bagus” Maka terpelantinglah Sahl. Kemudian Rasulullah SAW mendatangi Amir. Dengan marah Baginda berkata, ”Atas dasar apa engkau mahu membunuh saudaramu? Mengapa engkau tidak memohonkan keberkahan (kepada apa yang kau lihat)? Mandilah untuknya!" Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu wadah air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut, hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas Sahl sedar.

[HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, dishahihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sahih, para perawinya terpercaya, lihad Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qadir al-Arnauth 4/150, cetakan tahun 1424 H]

Jenis-jenis ‘Ain

Ibnu Qoyyim rahimahullah mengatakan bahwa penyakit ‘Ain ada dua jenis, iaitu:
- 'Ain insi (‘ain berunsur manusia);
- ‘Ain jinni (‘ain berunsur jin).

Diriwayatkan dengan sahih dari Ummu Salamah bahwa Nabi Muhammad SAW pernah melihat seorang budak perempuan di rumah yang wajahnya kusam. Beliau berkata, ”Ruqyah wanita ini, ia terkena ‘Ain."

[Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, Al-Hakim, Abu Nu’aim dan Al-Isma’ili dalam Mustakhroj-nya serta Ath-Thabrani]

Al-Husain bin Mas’ud Al-Farro berkata, Adapun sabda beliau “sa’fatun' iaitu kusam, bermakna “nadzrotun” iaitu terkena ‘Ain dari unsur jin.

Tanda-tanda anak / bayi terkena ‘Ain

Bayi yang baru lahir dan kanak-kanak sangat mudah terkena penyakit ‘Ain. Apalagi kalau bayi atau kanak-kanak itu mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki yang lain, seperti kelucuannya, rupanya yang manis, kesihatannya, dan lain-lain yang mengundang perhatian sesiapa saja yang melihatnya.

Tanda-tanda anak terkena ‘Ain

1. Tangisan yang tidak wajar yang tidak henti-henti, kejang-kejang tanpa sebab yang jelas, tidak mau menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

Aisyah r.a berkata, “Suatu ketika Nabi masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Beliau berkata, ”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘Ain? Shahihul jami’ 988 no.5662

2. Kondisi tubuh yang sangat kurus kering

Dari Jabir r.a bahwa Rasulullah SAW memberi ruksoh (keringanan) bagi anak-anak Ja’far memakai bacaan ruqyah dari sengatan ular. Beliau berkata kepada Asma’ binti Umais, ”Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab, “Tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata beliau, ”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi

Sunnah bagi orang yang memandang takjub terhadap sesuatu:
Seperti yang telah dijelaskan di atas bahwa penyakit ‘Ain tidak hanya disebabkan oleh orang yang iri dan dengki terhadap sesuatu yang dipandangnya. Bahkan setiap mata yang memandang takjub terhadap sesuatu dengan izin Allah juga boleh menyebabkan pengaruh buruk ‘Ain walaupun orang tersebut tidak bermaksud menimpakan ‘Ain. Bahkan ini terjadi kepada para sahabat Nabi yang sudah terkenal akan kebersihan hati mereka.

Sunnah ketika seseorang memandang takjub terhadap sesuatu adalah:

1. Mendoakan keberkahan pada apa yang dilihatnya.

Rasullullah SAW bersabda, “Jika salah seorang daripada kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkahan padanya, karena sesungguhnya penyakit 'Ain itu haq (benar). [HR Ahmad]

2. Ucapkanlah:

مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ “Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud”

Hal ini didasari firman Allah dalam surat Al-Kahfi ayat 39. Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat tersebut dengan mengatakan, ”Ketika engkau masuk suatu kebun dan kau merasa takjub akan keindahannya, mengapa engkau tidak memuji Allah atas nikmat yang telah diberikan kepadamu seperti nikmat harta dan anak keturunan yang tidak diberikan kepada selain engkau dan mengapa kamu tidak mengucapkan mashaaAllah la quwwata illa billah.

Ikhtiar ibu ayah untuk menjauhkan anak dari ‘Ain:

1. Hendaklah ibu ayah berikhtiar untuk menjauhkan anak-anaknya dari bahaya ‘Ain dengan ruqyah-ruqyah (bacaan-bacaan) yang diajarkan dalam Islam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi Muhammad SAW memohon perlindungan Allah untuk Hasan dan Husain dengan doa :

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Aku berlindung kepada Allah untuk kalian berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat. (HR Abu Daud) 

2. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam Ibnul Qoyyim dalam zadul ma’ad 4/159, hendaknya ibu ayah tidak menampakkan suatu kelebihan yang menakjubkan yang dimiliki anak-anaknya yang dikhuatiri akan mengundang rasa iri atau kedengkian orang yang melihatnya. Lalu Ibnu Qoyyim menukil atsar dari Imam Baghawi bahwasanya pernah suatu ketika Usman bin Affan r.a melihat seorang anak kecil yang sangat elok rupanya lagi menawan, kemudian Usman berkata, “Tutupilah (jangan dinampakkan) lekuk di dagu (yang membuat orang takjub) pada anak itu. ”Maka keadaan seperti itu sangat dikhuatirkan akan terjadinya pengaruh buruk ‘Ain. Lebih-lebih kalau ada orang yang terkenal mempunyai sifat iri dan dengki.

3. Hendaklah ibu ayah tidak berlebihan menceritakan kelebihan-kelebihan atau kebaikan-kebaikan anaknya yang tidak dimiliki anak-anak lain, sehingga mengundang rasa iri dan dengki sesiapa saja yang mendengarnya, kemudian berusaha melihatnya, hingga Allah mentakdirkan terjadinya pengaruh buruk ‘Ain tersebut.

Perhatian: 

Maka berhati-hatilah bila memuat naik gambar anak-anak, cucu-cucu dan sebagainya agar terhindar dari kesan buruk 'Ain

Ikhtiar ibu ayah bila anak sudah terkena pengaruh buruk ‘Ain.

1. Jika pelakunya diketahui, maka hendaklah orang itu diperintahkan untuk mandi, kemudian orang yang terkena pengaruh mata itu mandi dengan bekas air mandi orang itu. Hal ini sebagaimana kisah sahabat Nabi Muhammad SAW, Sahl bin Hunaif r.a dalam hadis di atas.

2. Memperbanyak membaca “Qul Huwallohu Ahad” (surat al-Ikhlas), Al-Muawwidzatain (surat al-Falaq dan an-Naas), al-Fatihah, ayat kursi, bahagian penutup surat al-Baqarah (dua ayat terakhir), dan mendoakan dengan doa yang disyariatkan dalam ruqyah. 

3. Membaca doa :

بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
“Dengan menyebut Nama Allah, aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang menyakitimu, dan dari kejahatan setiap jiwa atau mata orang yang dengki.Mudah-mudahan Allah SWT menyembuhkanmu. Dengan menyebut Nama Allah,aku mengubatimu dengan meruqyahmu.” HR.Muslim no.2186 (40), dari Abu Said r.a

4. Membacakan pada air (dengan bacaan-bacaan ruqyah yang syarie) disertai tiupan, dan kemudian meminumkan pada pesakit, dan sisanya disiramkan ke tubuhnya. Hal itu pernah dilakukan Nabi SAW kepada Tsabit bin Qois. HR. Abu Daud no. 3885

5. Dibacakan (bacaan) pada minyak dan kemudian minyak itu disapukan pada seluruh badan pesakit (HR Ahmad III/497, lihat silsilah al-Ahaadits as-Shohihah :397). Jika bacaan itu dibacakan pada air zam-zam, maka yang demikian itu lebih sempurna jika air zam-zam itu mudah diperoleh atau kalau tidak, boleh juga dengan air hujan.


Rujukan:
-Metode Pengobatan Nabi Muhammad SAW, Imam Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah
-Doa dan Wirid Mengubati Guna-Guna dan Sihir Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah, Ust. Yazid bin Abdul Qodir Jawas
-Majalah al-Furqon edisi 4, tahun V, Zulkaedah 1426, Desember 2005, Artikel oleh Ust. Abu Ibrohim Muhammad Ali

----------------------------------------------

Allahuakhbar...

Sesungguhnya tiap penyakit itu ada ubatnya, kecuali sakit tua dan... mati... !

Sunday, August 9, 2015

Pencarian...

Assalamualaikum wbt. Salam pagi minggu.

Dengan rahmat dan redha Allah SWT... semuanya baik. Alhamdulillah.

Hari ini saya tak punya masa banyak untuk mencatat. Walaupun hari ini bukan hari bekerja, tapi jadual saya agak padat. Jadi saya cuma nak share satu kisah di sini.

Tajuknya "Si Pencari Tuhan...

Suatu ketika dahulu, ada seorang pemuda yang hidupnya suka menuntut ilmu, mempelajari agama daripada guru-guru terkenal dan sering mengunjungi ulama-ulama yang sangat alim, sejauh mana pun jaraknya rumah orang alim itu pasti akan dikunjunginya.

Oleh sebab kecerdasannya, semua guru pemuda ini mengkaguminya kerana beberapa bidang ilmu agama yang tinggi pun dapat dikuasainya dengan sempurna. Kitab-kitab tulisan para ulama terdahulu juga dia hafal.

Dalam puncak pembelajarannya, tiba-tiba si Pemuda bertemu salah seorang gurunya yang paling dihormati, menyampaikan satu perkara yang menganjal di hatinya. Dia ingin sekali memenuhi impiannya, iaitu untuk "Bertemu Tuhan"... !

“Saya mau mencari-Nya. Saya mau bertemu dengan-Nya, bukan dalam erti kiasan, tetapi yang sezahirnya. Izinkan saya pergi mencari-Nya”. Kata Pemuda tersebut kepada gurunya.

Sheikh gurunya yang menyedari siapa pemuda tersebut, terus memberi keizinannya, dan berdoa semoga pemuda tersebut selamat dalam perjalannya dan kembali dengan berita yang menggembirakan.

Disingkatkan cerita si Pemuda memulakan perjalanan panjangnya.

Hingga suatu hari, di tengah perjalanan, si Pemuda bertemu dengan seorang lelaki di tengah-tengah hutan yang sedang khusyuk bersujud di atas sebuah batu, menghadap kiblat, tak bergerak, tidak berkutik, sangat khusyuk, dan nampaknya orang yang sujud ini sudah melakukannya untuk tempoh waktu yang lama.

“Assalamualaikum” Tiga kali ucapan salam si Pemuda tidak dijawab oleh orang yang bersujud. Si pemuda kemudian duduk berehat tidak jauh dari orang yang sedang sujud itu, kemudian tiba-tiba orang yang sujud itu bangkit dan menghampirinya.

Katanya, “Walaikumsalaam, siapa engkau wahai anak muda? Telah lama aku sujud di sana, bertahun-tahun, tak pernah aku terganggu, karena aku abdikan hidup ini untuk bersujud pada Tuhan, tapi kau datang dengan tiga kali salammu telah mengganggu kekhusyukanku. Jelaskanlah, engkau siapa?”

“Aku adalah pengembara biasa. Tersesat di hutan besar ini. Aku mahu berehat. Aku ternampak seseorang, langsung aku memberi salam. Aku bukan siapa-siapa, cuma orang biasa, yang sedang mencari Tuhan. Aku mahu bertemu Tuhan.” Jawab si Pemuda.

Dengan kehairanan orang yang sujud tadi itu pun berkata, “Awak gila ya? Apakah Tuhan boleh ditemui, boleh dilihat dengan mata?”

Jawab si Pemuda, “Entahlah. Aku sendiri tidak dapat nak jawab. Tapi kalau aku tidak mencari, macamana aku nak tahu jawapannya? Kalau aku kata, Tuhan tidak boleh ditemui, maka tentu aku salah, sebab aku belum mencari. Dan kalau aku kata, Tuhan boleh ditemui, maka aku juga salah, sebab aku belum bertemu dengan-Nya”.

“Apakah gila kamu ni!” Kata orang yang sujud tadi. “Baik lah. Kau teruskan lah pencarian itu. Aku mahu sambung sujud, dan jangan ganggu aku lagi. Silakan lanjutkan perjalanan engkau mencari Tuhan, dan mohon nanti kalau kau bertemu dengan Tuhan, tolong tanyakan ya, agaknya pahala apa yang boleh aku dapat daripada perbuatan (sujud) aku ini, dan di syurga mana nantinya aku akan masuk?”.

“Baik, inshaaAllah Ta’ala, akan aku sampaikan pertanyaanmu kepada-Nya”.

Setelah berbulan-bulan lamanya, maka tibalah si Pemuda di sebuah padang tandus, tiba-tiba ia dihadang oleh seorang perompak dan menghunus pisau diperutnya.

Si Pemuda tanpa memperlihatkan ketakutan, bertanya kepada perompak, “Sebelum saya serahkan harta atau nyawa saya, maukah engkau menjawab pertanyaan saya?”

“Baiklah” Kata perompak.
Pemuda bertanya, “Kenapa anda harus merompak?”

Perompak menjawab, “Karena saya tak dapat nak lakukan pekerjaan lain. Saya memerlukan wang untuk makan. Di sini susah. Tak ada apa yang dapat saya lakukan, dan tiada orang yang boleh membantu diri saya maka itulah sebabnya saya jadi perompak”

Pemuda menambah, “Kenapa kamu tak minta pertolongan daripada Tuhanmu, mohon bantuan-Nya, lalu lakukan pekerjaan yang halal. Dia pasti menolongmu.”

Jawab perompak, “Ah, aku dulu juga beribadah, selalu berdoa, tapi bantuan daripada Tuhan tak kunjung tiba sedangkan perutku dan keluargaku selalu kelaparan. Lantas aku tak sabar, aku ambil jalan ini. Aku tau perbuatan ini memang salah, tapi aku terpaksa”.

Lantas kata Pemuda, “Aku sebenarnya sedang dalam perjalanan mencari Tuhan, aku ini ingin menemui-Nya. Mahukah engkau kalau aku tanyakan kepada Tuhan masalah yang sedang kau alami ini?"

Terasa pelik dan aneh, si perompak menjawab secara serius, “Hemm. Aku lihat kamu bukan pemuda biasa-biasa. Aku nampak kamu seorang pemuda yang alim dan terpelajar. Kenapa kamu lakukan perjalanan ini? Apakah benar, Tuhan boleh kita temui? Di mana Tuhan berada?”

Jawab si Pemuda, “Entahlah, aku sendiri tak boleh nak jawab. Tapi kalau aku tak cari, macamana aku nak tahu jawapannya? Kalau aku kata, Tuhan tidak boleh ditemui, aku salah, sebab aku belum mencari dan kalau aku kataTuhan boleh ditemui, pun aku salah juga, sebab aku sendiri belum bertemu dengan Tuhan”.

Kata perompak, “Hemm. walaupun aku tidak faham apa yang engkau katakan itu, ada baiknya aku setuju saja dengan niat kau mencari Tuhan tu. Mana tau, engkau boleh bertemu dengan Tuhan. Tapi boleh tak kau beri aku sedikit wang untuk aku makan. Mudah-mudahan yang sedikit tapi halal itu ada keberkahannya”

Jawan si Pemuda, “Baiklah, ini ada sedikit bekal, kau ambillah. Adakah apa-apa pesan yang nak kau sampaikan kepada Tuhan kalau aku dapat bertemu dengan-Nya?”

Dengan mata menerawang ke langit dan sedikit sayu, perompak menjawab, “Ada. Tanyakanlah kepada-Nya, sudah seberapa besar dosaku atas pekerjaan yang aku jalani selama ini? Kalaulah ternyata dosa-dosaku besar dan banyak, tanyakan kepada Tuhan, di neraka manakah aku akan ditempatkan, dan berapa lama aku akan dibakar di sana?”

“Baik, inshaaAllah Ta’ala, akan aku sampaikan pertanyaanmu itu kepada-Nya”.

Setelah setahun berlalu si Pemuda ini berjalan, berbagai tempat telah dia lalui namun belum juga bertemu Tuhannya. Hinggalah suatu ketika, Pemuda ini bertemu dengan seorang tua bongkok yang bertongkat dengan berpakaian serba putih. dari wajahnya terancar cahaya

Orang tua itu tiba-tiba berkata, “Anak muda, kalau kau nak bertemu Tuhan, itu di sana ada rimbunan pokok buluh. Panjatlah hingga ke atas. Di sana Tuhan menantimu”

Si Pemuda merasa hairan dan terperanjat. Macaman orang tua ni tahu apa yang dicarinya, tapi dia tak rasa curiga dan tak ada alasan untuk dia tak percaya kepada orang orang tua yang kelihatan baik itu. Lalu si Pemuda mengikut kata orang tua tersebut, naik ke atas pokok buluh tersebut hingga sampai di hujungnya. Tiba-tiba Pemuda tersebut hilang keseimbangan karena angin kuat bertiup lalu dia jatuh ke bawah dengan kepala terhantuk ke batu.

Si Pemuda pengsan, tak sedarkan diri. Dalam tak sedar itu dia seolah terjaga dan berada dalam suasana yang berbeza dari tempat rumpunan buluh yang dipanjat tadi.

Orang tua yang bertongkat, berpakaian putih menyapanya, “Anak muda, aku diutus Tuhanmu menemui dirimu. Setelah satu tahun kau lewati perjalanan yang panjang dan melelahkan, sudah pantas bagiku saatnya memberimu jawapan atas apa yang kau cari.”

“Wahai anak muda, ketekunanmu dalam menuntut ilmu, anugerah kecerdasan yang diberikan Tuhanmu, telah membawamu mencari sesuatu yang tak dapat kau temukan jawapannya hingga kini.”

“Anak muda, Tuhanmu menyampaikan pesan untukmu agar bersabar hingga tiba masanya nanti kau akan menemui-Nya. Mungkin tidak untuk saat ini. Telah digariskan bagimu, hidupmu sebagai kebijaksanaan dan hikmah dari-Nya atasmu, lakukanlah amal dan kebajikan sedaya mu. Laksanakan apa yang diperintahkan-Nya dan jauhi larangan-Nya, niscaya kau akan bertemu dengan-Nya nanti.”

“Engkau boleh balik ke tempat asalmu. Baliklah, dan teruskan hidupmu bersama sesamamu dan juga dengan dirimu sendiri. Berikanlah apa yang mampu kau berikan kepada sesama manusia. Tuhanmu dan kehebatan-Nya ada dalam dirimu sendiri, dan pada manusia-manusia lain yang ada di sekelilingmu, pada makhluk serta alam seluruhnya. Bersabarlah untuk meraih Tuhanmu dan jalanilah kehidupan yang telah Dia tentukan buatmu dengan redha dan seikhlas mungkin. Sentiasa punya harapan dan kebergantungan yang teguh kepada-Nya”.

Dengan lidah yang kelu dan tubuh yang tidak bermaya, si Pemuda tidak mampu berkata apa-apa. Namun tak berapa lama dia pun bersuara, “Wahai orang tua, aku merasa cukuplah sudah perjalananku ini, akan tetapi bagaimana aku nak buktikan kepada guruku bahwa aku harus mengakhiri perjalanan ini?”

Lalu orang tuan menjawab, sambil menunjukkan sebiji buah, “Bawalah ini. Ini buah ranum dari kebun syurga. Ia tak pernah tumbuh di atas dunia. Tunjukkan kepada gurumu dan kamu makanlah di hadapannya.”

Pemuda berkata, “Bolehkah aku bertanya, wahai orang tua? Di tengah perjalanan, aku bertemu seorang yang selalu sujud pada-Nya, dan seorang perompak. Orang yang sujud itu menyuruhku bertanya, pahala apa yang dia terima, dan di syurga mana dia akan masuk? Adapun si perompak bertanya, seberapa besarkah dosanya dan di neraka mana dia akan diseksa?”

Tanggap orang tua, “Baiklah, tunggulah dan aku akan kembali” Orang tua itu pergi beberapa saat dan tak lama kemudian dia kembali.

Lantas dia berkata, “Dengarkan ini wahai anak muda, inilah jawabannya: bahawa orang yang sujud itu akan mendapatkan pahala besar daripada sujudnya, tapi ibadahnya tertolak karena dia bersujud bukan semata-mata mengharapkan keredhaan dan rahmat Allah. Orang ini adalah orang yang zalim kepada dirinya sendiri.”

“Adapun si perompak, dia berdosa atas perbuatannya kerana mengambil harta orang lain. Tetapi Tuhan memberikan rahmat-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, atas harapan dan baik sangka yang tersirat di hatinya, maka dia akan diselamatkan daripada api neraka karena ternyata si perompak itu seorang yang sabar dan yakin kepada Allah”.

Setelah berpisah dengan orang tua, si Pemuda bangun dari pengsannya, dan dalam genggamannya ada buah yang sangat ranum, yang diberikan oleh orang tua dalam mimpinya tadi.

Dalam perjalanan pulang, Pemuda bertemu dengan si perompak, lalu Pemuda menyampaikan kisahnya dan jawapan dari Tuhannya. Si perompak mendengar hal itu lalu dia bersujud syukur, menangis dan bertaubat. Si perompak akhirnya mengubah cara hidupnya dengan banyak beramal dan membantu orang lain.

Si Pemuda kemudian bertemu dengan orang yang sujud dan menceritakan kisahnya. Lalu disampaikanlah pula jawapan kepada persoalan orang itu. Mendengar jawapan yang diberi, terperanjat dia seumpama disambar petir, lalu ia pergi meninggalkan si Pemuda tanpa memberi salam. Akhirnya orang yang banyak sujud itu menghabiskan sisa hidupnya dengan melakukan perbuatan zalim dan sia-sia.

Sesampai di rumah tuan guru, si Pemuda menyampaikan kisahnya dan menunjukkan buah ranum yang diberikan oleh orang tua, dan memakannya di depan guru seperti mana pesanan orang tua tersebut.

Tuan guru lalu berkata, “Anakku, benarlah apa yang engkau putuskan dan engkau jalani, manusia itu sesungguhnya buta, lalu ia perlukan pelita, dan ilmu lah pelitanya. Dengan pelita itu manusia dapat melihat jalan yang terang menuju keredhaan Tuhanmu. Dia lah sumber cahaya, sumber pelita. Orang yang bertaburan dengan cahaya, selalu ingin menemui sumber cahayanya, dan untuk itu kau mencari Tuhanmu.”

“Jawapan dari pencarianmu itu ada pada apa yang engkau lakukan, sebesar apa dan sejauh mana kau mengenal dirimu, mengenal Tuhanmu dan penyerahan mu kepada-Nya”.

“Buah yang kau makan sangat manis, buah itu tak ada duanya di dunia ini, akan tetapi ada lagi yang jauh lebih manis daripada buah syurga itu, tahukah kau apa itu? Iaitu manisnya iman, manisnya taqwa dan manisnya hidup yang semata-mata nya Allah”.

“Adapun orang yang sujud, ia bersujud dengan tanpa membersihkan hatinya, tanpa mengenal Tuhan-Nya. Iblis pun dahulu ahli ibadah, hingga ia diangkat menjadi imam di antara para malaikat, tapi hatinya kotor. Hati yang kotor menjadi penghalang dari rahmat Allah. Sehitam-hitamnya dahimu karena bekas sujud, tapi kalau hatimu kotor menghitam, nescaya ibadahmu hanya menghasilkan fitnah dan kerugian serta sia-sia”.

“Adapun si perompak, dia meyakini kekuasaan Allah. Sesungguhnya dia mengenal Allah. Dia meyakini ketetapan Tuhannya dan dia sedar akan perbuatannya, tapi tersirat di hatinya, dia tetap mengharapkan rahmat Tuhannya. Dia sangat yakin Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, maka hati yang selalu berharap, hati yang bersih daripada sifat ujub, riak, selalu membuka peluang turunnya rahmat daripada Allah Ta’ala”.

“Adapun orang yang hatinya kotor, penuh sifat ujub, meski ahli ibadah, hanya akan membawanya pada perbuatan fitnah dan kemurkaan Allah”.

Sejak saat itu, si Pemuda yang mencari Tuhannya semakin kuat belajar, gigih bekerja, tekun beribadah dan banyak memberi untuk sesamanya dengan pengharapan penuh bahawa semuanya dan segalanya kembali kepada Allah. Semua adalah dari Allah, kerana Allah, untuk Allah, Tuhannya.