kudengari satu persatu.. menusuk timpa jauh menyusuri.. hanyut.. di dasar hati.. terhampar di situ.. mata mulai berkaca meruntun airmata.. jiwa mulai basah.. jasad mulai dingin.. karam.. di situ kutemui lagi.. diriMu.

Saturday, July 12, 2014

Ilmu Rasa

Belajar ilmu matematik atau ilmu kedoktoran,
Tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan,
Belajar ilmu yang disebut dan lain-lain ilmu tidak terasa bertuhan,
Perkara biasa di setiap zaman.
Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular,
Langsung tidak percaya adanya tuhan yang Maha Esa.

Tapi yang lebih aneh,
Orang yang belajar ilmu ketuhanan,
hingga jadi ulama, tidak rasa bertuhan.
Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan.

Kerana belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata,
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu,
Akalnya percaya adanya Tuhan,
Jiwanya tidak terasa bertuhan.

Disegi ilmu, pakar dengan Tuhan,
Disegi jiwa, kosong dari Tuhan.
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak berlaku atau tiada.

Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian,
Apabila mendapat ujian dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan,
atau tidak merujuk kepada Tuhan.

Akibatnya jiwanya menderita,
Menerima ujian itu dia tidak tahan,
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan,
Kehidupannya tidak mempedulikan masyarakat,
Sekalipun boleh memperkatakan Al-Quran,
Atas alasan ilmu semata-mata.

Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa,
Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa.
Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan,
Orang ‘terasa’ bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan,
sekalipun ilmunya kurang.

Mereka yang rasa bertuhan menghormati syariat Tuhan,
Kerana rasa, lantaran itulah rasa bertuhan,
Kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan.

musafir kelana
catatanhamba.blogspot.com

No comments:

Post a Comment