kudengari satu persatu.. menusuk timpa jauh menyusuri.. hanyut.. di dasar hati.. terhampar di situ.. mata mulai berkaca meruntun airmata.. jiwa mulai basah.. jasad mulai dingin.. karam.. di situ kutemui lagi.. diriMu.

Wednesday, April 1, 2015

..Mengenal

Innalillahi wainnailaihii roojiun...
Sesungguhnya tiap yang hidup pasti akan kembali kepada si Pencipta... Allah Tuhan yang mencipta.

Dinihari ini aku mendapat khabar.. telah kembali kepada Mu, bonda tercinta kepada seorang sahabat.
Tentu ibu bahagia kembali kepadaNya... Buat anak-anak, keluarga yang ditinggalkan, tabah lah menerima kehilangan ini. Harapan ku, kak Intan sabar dengan pemergian bonda.

Pembacaan ku diteruskan... untuk seterusnya kepada Bab 2.
"Pengenalan Mengenal Allah"... 
Hati mula berbicara... mohon Allah permudahkan jua. "Maha suci Engkau (ya Allah) Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami" Al-Baqarah:32.

Dengan sedikit antusis untuk menggali, aku letak kan duduk ku agar lebih selesa. Sesekali ku jeling skrin telefon tangan di sebelah... hari ini WhatsApp yang masuk galak berbicara tentang GST. Maklum hari pertama. Aku biarkan ia terus 'bersiul'!  Namun dalam hatiku tetap saja berbicara.. semua yang berlaku adalah dalam pengetahuan dan izin Allah jua, maka serahkan kembali kepadaNya... tanpa lupa berdoa.. kalau ini satu kezaliman mohon Dia tunjukkan yang hak. Tetap saja ada perasaan terkilan dan kecewa dengan keadaan yang berlaku namun tidak menjejaskan semangat aku untuk memulakan pembacaan.

Penulis memulakan bab ini dengan melontarkan soalan, 
"Apakah ilmu pertama yang difardhukan di dalam Islam?"

Kemudian dia sertakan dengan jawapan... iaitu ilmu mengenal Allah (makrifat kepada Allah), sebagaimana kata ulama terdahulu, "Awal beragama itu mengenal Allah"

Soalan penulis menggamit aku turut bertanya kepada diri... .. aku pun sepatutnya melontarkan soalan tersebut... "Apakah aku sudah mengenal Allah...... dengan sebenar-benar kenal??..."  sedangkan di sini penulis menyatakan bahawa, "Tidak sempurna hukumnya mengerjalan amalan-amalan (syariat..) yang lainnya, sebelum makrifat kepada Allah (mengenal Allah)"

Maka sayu ku pun bertamu lagi....



No comments:

Post a Comment