Dengan
segala sifat-Nya, ar-Rahmaan dan ar-Raahim,
Dia
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku
dambakan rahmat dan kasih sayang-Mu....
Dalam
hidup ini tiada apa yang lebih aku harapkan... selain mendapat kasih
sayang ALLAH, terus dari-Nya... dan juga kasih-Nya melalui manusia, makhluk
yang ada di sekeliling aku. Sepertimana doa Nabi Daud as. yang selalu
aku lafazkan...”...aku mohonkan cinta-Mu, dan cinta dari
orang-orang yang menyintai-Mu... Dan semoga cinta-Mu lebih aku cintai
berbanding diriku....” Cinta dan kasih manusia... (yang bersifat
tidak kekal...) sebagai pendorong, dan menjadi pendamping, di sisi
aku dalam perjalanan menuju..., mencari cinta ALLAH yang kekal abadi.
Syukur
pada-Nya kerana sifat kasih mengasihi yang Dia berikanlah maka hidup
yang aku lalui sehari-hari menjadi begitu bermakna... Dengan sifat rahmaan dan rahiim ini, manusia yang ada di sekeliling aku 'saling menjaga' antara
satu sama lain... saling nasihat menasihati, saling ingat mengingati
dan saling tegur menegur dalam pelbagai perkara... Dan tentunya
supaya aku.. (..dan kita semua...) menjadi lebih baik, aku, menjadi manusia yang hidup bahagia di dunia dan
akhirat.
Jazakallahu
khairan kathira... atas segala ingatan dan nasihat itu.
Begitulah
perkataan yang kerap aku dapat kini agar sentiasa 'sabar dan senyum'
tatkala diketahui menghadapi masalah atau keluhan. Dan sesungguhnya
nasihat seperti ini tidak sesekali aku remehkan kerana disuruh sabar
dengan senyuman yang ikhlas dari hati ni bukanlah satu perbuatan yang
mudah nak dilakukan, senang nak dibuat... Boleh kah aku?
Disuruh
“sabar dan senyum”... yang selalunya diringkaskan dengan “SnS”
di dalam whatsapp... dua patah perkataan ini mengandungi satu
maksud... Merupakan satu pernyataan sikap yang membentuk akhlak
zahir dan akhlak hati- qalbu manusia... iaitu hati aku!
Dalam
hadis Riwayat Al-Baihaqi dinyatakannya, “Iman terbahagi kepada
dua, separuh dalam sabar, dan separuh lagi dalam syukur”
Begitulah tingginya kedudukan “Sabar”... merupakan sebahagian
daripada ciri-ciri keimanan.
Maka
manusia yang mengaku dirinya beriman, harus sabar.
Atau
dengan kata lainnya, manusia yang sabar itulah manusia beriman!
Jadinya
aku yang selalu berusaha meyakinkan diri sendiri bahawa, “Aku
seorang yang beriman”... kenalah 'sabar dengan tersenyum' dalam
menghadapi apa jua mehnah kehidupan... supaya dengan sifat sabar itu,
aku digolongkan olehNya sebagai hamba yang beriman... kan!
Dan
bila aku mampu
'lakukannya' dengan baik, bukan 'dengan berpura-pura', tentunya aku sendiri yang akan merasa 'diri lebih
kuat', diri hamba yang redha, dan mudah-mudahan dipandang oleh-Nya sebagai
hamba yang layak dipanggil sebagai manusia dengan “jiwa yang
tenang”. Walau sedang diuji, aku ni tak berubah... (tak lut) ...dan
masih mampu memberikan senyuman penuh kesabaran.... insyaAllah!
Sesungguhnya
aku yakin, manusia yang hidupnya berserah kepada ALLAH, akan tidak mudah
terkesan dengan sebarang dugaan yang datang. Manusia seperti ini akan
selalu merasa berada dalam sentuhan kasih sayang, dan rahmat
ALLAH... kerana sesungguhnya hakikat 'manusia yang sedang diuji' itu
adalah manusia yang sedang dalam 'perhatian-NYA', dan sedang dalam
'pandangan-NYA'.
Bukan
kah 'pandangan ALLAH' kepada aku itu adalah sesuatu yang sangat-sangat aku
harapkan?...
Dan
cuba aku tanya diri... “Apakah sikap yang perlu ada pada aku-
sebagai seorang hamba kepada tuannya?” Tentu jawapannya, “ingat”
iaitu tahu diri aku, dan tahu siapa tuan aku..., dan bersifat
'kehambaan'... Sifat hamba... (kehambaan) iaitu dengan berserah
sepenuhnya kepada sang pencipta hamba itu, pencipta aku... iaitu
ALLAH.
Jadinya
wa yang tertulis “SnS”
ditujukan kepada aku itu bukanlah semata-mata dia mahu aku 'sabar dan
senyum'... secara fizikal... nampak terukir senyuman di wajah, tetapi
dari segi hakikatnya... dia sedang menasihati 'hati' aku...
“Terimalah apa pun jua qada dan qadar ALLAH dengan ikhlas
dan redha...” Serahkan hidup
mu sepenuhnya kepada Dia... dengan sepenuh keyakinan.
Maka
aku... aku ingin depani hidup ini dengan tabah, tak mudah mengeluh
dan berdukacita, mampan, anjal.... serta dengan penuh kesabaran
tersenyum 'melihat' dunia.
'Memandang'
ALLAH dengan segala sifat a-Rahmaan dan ar-Rahiim-Nya, sebagai tanda
aku ikhlas mengaku hamba kepada-Nya yang Maha Berkuasa...
Mohon
didoakan selalu!
No comments:
Post a Comment