Allahuakhbar
Allahuakhbar
Allahuakhbar...
Allahuakhbar walillahilham..
Alhamdulillah.... syukur pada-NYA kerana diberi peluang berada dalam bulan yang paling mulia berbanding seribu bulan iaitu Ramadhan al-Mubaraq pada tahun ini, pada kali ini. Hari ini kita semua sudah berada pada tanggal 29 Ramadhan... insyaAllah esok umat Islam di negara ini akan menyambut 1 Syawal...
Di sini aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1435 Hijrah kepada semua yang membaca dan mengikuti blog ini... Mohon kemaafan jua jika ada kata-kata dan perkataan yang menyinggung hati dan perasaan kalian. Sesungguhnya segala yang baik dan sebaliknya itu adalah atas kehendak-NYA jua... Aku manusia yang tidak memiliki apa-apa. Hanya punya matlamat kembarahakikat... bagi menelusuri jalan-jalan para pencinta-NYA yang hakiki.
Dan tak lupa juga ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca... sama ada secara sengaja atau tak sengaja membuka blog ini... Terima kasih! Moga kehadiran blog ini... (yang masih sangat baru...) sedikit sebanyak mampu menjadi ajang wacana ilmu... membuka mata untuk melihat kebesaran Ilahi dengan pandangan mata hati.
Tak ketinggalan terima kasih ku yang sebesar-besarnya kepada semua followers... sungguh kehadiran kalian merupakan satu pendorong, pembakar semangat untuk aku meneruskan keberadaan blog ini... Moga kita dapat terus berkongsi hikmah, berkongsi rasa... bagi meneruskan perjalanan menuju kepada Dia....jazakallahu khairan kathira.
Terasa
sayu ditinggalkan Ramadhan. Entah di tahun akan datang kita masih berpeluang
bertemu dengan 'nya' lagi atau tidak... wallahualam. Yang pasti takdir itu sudah ada di dalam
perancangan dan aturan-NYA yang maha sempurna...
Buat sahabat,
Selamat Hari Raya.
Mohon kemaafan mu jua.
Terima kasih ku setulusnya...
Wasallam
No comments:
Post a Comment