kudengari satu persatu.. menusuk timpa jauh menyusuri.. hanyut.. di dasar hati.. terhampar di situ.. mata mulai berkaca meruntun airmata.. jiwa mulai basah.. jasad mulai dingin.. karam.. di situ kutemui lagi.. diriMu.

Sunday, January 25, 2015

Hikmah Nasihat

"Apabila nasihat tidak didengar..."

Seorg pemberi nasihat seharusnya sentiasa memeriksa dirinya, apakah dia menginginkan kebaikan untuk orang yang dinasihatinya atau dia sebenarnya inginkan kebaikan untuk dirinya sendiri?
Jika kita berbangga ketika nasihat kita diikuti dan marah ketika ditolak maka itu petanda kita tidak ikhlas. 
Org yg ikhlas kerana Allah SWT tidak akan marah jika kata-katanya tidak diikuti. Kita mungkin sedih atau terkilan namun kita tidsk ada alasan untuk marah.

"Jika kita marah apabila nasihat kita tidak didengari, maka kemarahan itu bukan kerana Allah tetapi kerana nafsu kita yang sukakan penghormatan"

2001- Dr kitab Koleksi Ulama Silam 
Umar Muhammad Noor

No comments:

Post a Comment