kudengari satu persatu.. menusuk timpa jauh menyusuri.. hanyut.. di dasar hati.. terhampar di situ.. mata mulai berkaca meruntun airmata.. jiwa mulai basah.. jasad mulai dingin.. karam.. di situ kutemui lagi.. diriMu.

Friday, July 18, 2014

Anjakan paradigma....

Sekali lagi... dan senantiasa!
Tiada lain yang Aku harapkan,
Semata-mata petunjuk dan hidayah-NYA di sepanjang perjalanan ini...

Lauhaulawala kuwataillabilla hilaliyiladzim....
DIA yang maha berkuasa dan berkehendak jua.

Sebelum meneruskan catatan ini, innalillahi wainnailaihi roojiun... salam takziah Aku ucapkan kepada semua mangsa dan keluarga pesawat MAS MH17, Boeing 777 dari Amsterdam ke KL yang jatuh di bumi Ukraine, mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal seramai 280 orang. Al-Fatihah... moga mangsa terlibat yang beragama Islam ditempatkan bersama para syuhada dan solihin... berbahagia mereka kembali ke pangkuan ILAHI.... aamiin!

Surah Luqman: 34, "...di sisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat; dan DIA yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim perempuan; dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok hari; dan tidak seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati..." 
Sadaqallahuladzim

Ya... mati itu pasti, tapi kita tak tau bila, di mana dan bagaimana kita akan dimatikan oleh-NYA. 

Okay...
Balik kepada tujuan semula.
Ikut tajuk entry "Anjakan Paradigma"... bahasa Jawa sebut "Paradigm-shift" . Nak terangkan panjang lebar Aku tak pandai... tak tau pun ya jugak... (..sebenarnya!...) tapi secara bahasa layman, satu gerakan perubahan dari prosedur yang lama kepada prosedur atau cara baru... tentunya lebih baik, positif dan memberi kebaikan, pastinya...insyaAllah.

Ada juga pakar motivasi yang kata, anjakan paradigma merupakan satu lonjakkan secara kuantum... (quantum leap!) bermakna besar-besaran! Oh gitu ehh?... Bila satu perkara yang kita dah biasa buat, dan selalu dilakukan, tetiba nak diubah, dihentikan, dan atau berhenti terus! Full stop... titik! Contoh satu cara kerja yang dah biasa kita buat 10, 20 tahun dah jadi SOP tiba2 nak ditukar... tentu ada sedikit kekok dengan prosedur baru.

Atau kalau dah biasa lakukan satu2 perkara, seperti amalan membaca surah Yassin di malam Jumaat, tetiba ada orang kata dah tak payah buat, cukup, berhenti, kita ganti dengan membaca surah al-Kafi pulak. Tentu terasa janggal. Nak memulakannya pun tentu terpisat-pisat. Sebab kalau surah Yassin tu pejam mata pun boleh hafal... (sebab dah selama hidup dok baca tu jer tiap malam Jumaat...) ni surah al-Kahfi- pada Aku la... antara surah yang agak susah juga, panjang pulak tu... fuhh! mencabar sungguh laa....

Tapi ini bukan lah isunya.
Apa yang penting di sini sebagai anjakan paradigma... tujuan asal 'kembarahakikat' begitu lah. Ibarat orang berjuang, mehnah atau cabaran, dugaan adalah pakaiannya. Tanpa dugaan, dan cabaran tidak dianggap sebagai pejuang... begitu juga si pengembara. Kembara si pengembara pasti akan sentiasa menghadapi rintangan dan ujian. Jatuh, bangun, terluka kaki, terluka hati, disakiti adalah resam... inilah yang akan menjadikan si pengembara kuat... (tahan banting!...)... cekal dan lebih menjurus matlamatnya.... Pada sasaran yang satu itu!

Dengan berbekalkan semangat dan upaya yang masih bersisa, Aku yakin anjakan paradigma ini adalah suatu yang tepat... demi 'kembarahakikat' Aku menuju kepada ALLAH... semata-mata DIA... tiada lain yang sepatutnya berada dalam diri, dalam hati ini... Lihat dan memandang apa pun juga, yang akan nampak adalah DIA... ALLAH!

Bila semua yang dilihat mata nampaknya adalah DIA maka letaklah siapa atau apa pun di depan mata... kekasih, harta, anak, jawatan, pangkat, gelaran... tak akan ada masalah... hati tetap bulat, penuh... ALLAH itu matlamatku, dambaanku, cintaku yang satu yang hakiki... Hakikat Cinta ALLAH! Yang lain itu semua 'hiasan' dunia....

Dan 'letaklah' apa pun jua isu di depan mata.. apakah itu berupa masalah kah, problem kah, dukacita kah, dugaan kah, kesakitan kah, atau kehilangn kah... insyaAllah, akan dapat dilalui dengan 'jiwa yang tenang', sebab Aku yakin pasti... itu semua juga dari DIA... tiada apa yang berlaku di dunia ini waimma jatuh gugurnya sehelai daun kering di dalam hutan yang tebal di malam yang gelap gulita juga adalah atas izin, dan pengetahuan-NYA yang maha berkuasa.... ALLAHUAKHBAR! Maka apatah lagi qada-qadar, garisan hidup kita manusia... semua telah digores dengan cantik di atas kanvas kehidupan... setiap manusia, tanpa terkecuali Aku!

'Kembarahakikat'.... suatu perjalanan 'kembara' yang pastinya menuntut pengorbanan.

Hakikat untuk mengenal DIA... kenal dulu diri sendiri... diri terdiri, diri terperi dan diri sebenar diri. Dari pembacaan aku, maksud 'diri terdiri' itu ialah jasmani yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, bulu roma, lendir, semua jenis lemak, urat, dan saraf lainnya.
Maksud 'diri terperi' itu ialah Ruhul Yaqazah atau roh yang menjagakan yang terdiri daripada roh, akal, nafsu serta kelengkapannya, dan
Maksud 'diri sebenar diri' pulak ialah Ruhul Hayat pula ialah nyawa atau nafas dan komponennya. Bila bersatu semuanya maka lengkaplah diri seorang manusia- Aku.

Maka bila manusia Aku ini melakukan anjakkan paradigma menuju ILAHI, bermakna keseluruhan hakikat diri iaitu diri jasmani, diri roh dan diri nafas secara sikron, harus bersama-sama bergerak mengikuti perubahan...  melakukan lonjakkan!

Kalau tujuan 'kembarahakikat' menuju Allah secara total maka 'diri terdiri atau diri jasmani' menyokongnya dengan perbuatan baik dan amalan-amalan zahir lain antaranya zikir, memuji ALLAH ... (amalan yang paling basic dengan istiqamah)...
Namun perbuatan baik dan zikir itu adalah berpangkal dari dalam 'diri terperi' iaitu roh, akal dan nafsu dengan penuh ikhlas, lahir dari HATI... dengan sepenuh tumpuan- redha dan berserah kepada-NYA secara total, bulat.. tidak kepada yang lain...( ..yang dimulai dengan penyucian hati...) bukan semata-mata lafaz di mulut.
Dan kemudian 'diri sebenar diri' akan mengikutinya... kerana nyawa iaitu Ruhul Hayat tidak boleh keluar dari badan.
Sekali ia keluar, maka matilah jasad manusia Aku itu....kolluinnalillahi wainna ilaihiroojiun!


Ya ALLAH...demi kembarahakikat...
Pokok anjakan paradigma ini berduri dan Aku 'rasa' peritnya...
Hanya DIA yang tahu...
Namun Aku pasti 'rasa' buahnya akan sangat manis... insyaAllah!

Wallahualam...


No comments:

Post a Comment