Kenal DIA
Diperlihatkan kepada kita sebiji limau.
Melihat
dengan mata... buah yang dipegang adalah buah limau... tapi sebenarnya
yang dipegang adalah bahagian kulit limau itu. Bila dikupas kulit
limau...maka kulit limau sudah terpisah daripada isi limau... kulit
bukan lagi menjadi sebahagian daripada buah limau. Bila diambil isi
limau... dan diperah airnya... dikenal pula sebagai air limau bukan lagi
buah limau. Dan bila diminum air limau dan dikatakan limau ini manis...
apakah kita percaya?
Bila
dikatakan limau itu manis dan kita percaya bahawa limau itu manis-
kita yakin bahawa limau itu manis atau masam, maka yakin kita itu adalah
yakin dengan ilmu / dari maklumat yang disampaikan, maka ia disebut
sebagai ilmul yakkin...
Dan
kemudian bila kita datang dekat dan tengok betul-betul dengan mata dan
hidu bau air limau itu... bila kita yakin dengan bau dan rupanya bahawa
limau itu manis, maka yakin kita itu pula disebut sebagai ainul yakkin,
iaitu keyakinan daripada pandangan mata.
Dan bila kita masukkan air limau itu ke dalam mulut kita minum, telan dan rasa... barulah menjadi hakqul yakkin.
Baru sempurna 'yakin' kita bahawa limau ini benar2 manis...
Kadang-kadang rupa bau macam manis tapi bila diminum dimakan dirasa ia tak manis.
Maka di sini kesempurnaan kenal itu adalah terletak pada 'rasa'..
"Siapa yang tidak rasa, dia tidak tahu" Maka hakikat limau itu kita tahu masam manis pahit tawar adalah pada 'rasa'...nya.
Hakikat
diri kita kenal / tahu diri kita adalah dengan 'rasa bertuhan'... kita
kenal diri sebagai 'hamba DIA' - 'rasa hamba' yang tiada upaya apa2,
kita fana (binasa) dan tidak kekal. Kita hamba yang diciptakan oleh
Allah, hanya DIA yang maha kekal.
Kenal Tuhan... lihat
pada wahyu pertama... "Bacalah, dengan nama Tuhan mu yang telah
menciptakan..." yang menciptakan manusia daripada segumpal darah. Jangan
lihat diri kita yang sekarang... 'kita yang dengan nama ini, pangkat
ini, kedudukan ini'... tetapi diri kita yang asal... daripada nutfah,
daripada segumpal darah, dan daripada tanah... (asal jasad Nabi Adam
as...asal usul seluruh manusia) - Allah yang cipta... maka kita bukan
siapa-siapa... kita tidak kekal, Allah yang kekal... manusia bersifat
binasa dan tidak kekal... lahaulawala kuwataillabilla hilaliyiladzim!
Allah lah yang maha berkuasa dan kekal!
Bila masa yang kita tahu yang kita dah kenal Tuhan iaitu Allah?
Masalah rasa kenal, macam tak kenal adalah 'hati'...
No comments:
Post a Comment