Dunia yang dipandang kini terasa lebih 'luas'... walaupun sebenarnya masih sama seperti semula. Kalau dulu memandang semata-mata dengan mata fizikal... Dengan dua mata yang nampak ada pada wajah ini. Tapi kini yang ingin diperkatakan adalah pandangan mata oleh hati... atau pandangan mata hati, pandangan dari kalbu manusia yang paling dalam...
Seusai solat fardhu zohor tadi aku duduk sebentar atas sajadah. Ku renung dan perhatikan ruangan kerja aku, bilik pejabat di mana aku bekerja setiap hari. Dah aku duduki bilik ni hampir delapan tahun... sedangkan aku sudah 'bergelumang' dengan karier ini hampir 18 tahun... cukup lama, kan! Dalam hati terbit rasa puas dan syukur yang amat sangat... alhamdulillah. Syukur kerana aku ada pekerjaan yang baik, tempat bekerja yang sangat selesa... Sungguh 1001 nikmat dunia yang DIA berikan. Syahdu dan syukur bersatu menjadi 'rasa' yang sangat harmoni kepada kasih sayang-NYA... pemilik segala yang ada di langit dan di bumi.
Terima kasih ALLAH. Nikmat ini harus aku syukuri dengan sebaik-baik cara. Tak ada apa yang lebih aku harapkan selain ALLAH redha kepada aku atas pekerjaan yang aku lakukan setiap hari... pohon keberkatan jua.
Merewang fikiran ku jauh. Pelbagai persoalan muncul difikiran. Aku ambil kalam Allah... cari-cari di mana penanda aku berhenti. Oh! Surah as-Saba... Aku mulakan dengan membaca al-Fatihah.. ummul kitab. Bacaan aku hari ni kurang lancar kerana mata zahir tidak dapat melihat dengan jelas... terpaksa aku berkelip beberapa kali. Mengharapkan penglihatan yang kembali pulih diberiNYA... sesekali sakit itu nikmat! Juga harus redhai... !
Namun kejelasan penglihatan masih tak aku dapat... hanya sempat mentadabbur hingga ayat 39 sahaja. Maksud ayat ini seolah tepat dengan apa yang sedang bermain difikiran ku... "Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu infaqkan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki"
Manusia harus berusaha dan bekerja mencari rezeki namun harus juga redha... dan berserah sepenuhnya kepada DIA, sebagai pemilik rezeki... umpama seorang petani yang menyemai benih. Kalau tidak kerana luhur hatinya, berserah sepenuhnya kepada qudrah dan iradah Allah dalam menetapkan 'nasib untung rugi menyemai biji benih' di ladang, tentunya pekerjaan seperti ini tidak akan ada yang mahu melakukannya. Siapa yang boleh pasti bahawa benih yang ditanam akan bercambah, tumbuh membesar hingga akhirnya mengeluarkan buah, dan kemudian hasilnya boleh dituai... kalau tidak dengan kehendak dan kuasa NYA semata-mata.
Begitulah kita sepatutnya. Berserah semata-mata kepada DIA... yang maha merancang dan maha memberi... kemudian redha dan pasrah di penghujungnya.
Kalau dulu dhuha ku panjatkan dengan permohonan agar diberiNYA ilmu dan hikmah agar bijaksana dalam mendidik anak-anak... diberi rezeki dengan anak-anak yang soleh dan solehah... diberi kesabaran yang tinggi menghadapi karenah anak2... tapi bukan kah penjagaan DIA itu lebih sempurna. Maka kini ya ALLAH, ku serahkan segalanya kepada-MU... "Kau peliharalah anak-anak ku sebagaimana Kau memelihara orang-orang saleh dan beriman.." aku redha apa pun jua ya ALLAH.
Dan kini... aku cukup sekadar bermohon dengan setulus-tulus permohonan kepadaMU... ya ALLAH aku tahu keredhaan MU itu mendahului segalanya... maka aku serahkan seluruh sifat kehambaanku... solat ku ibadah ku hidup ku dan mati ku hanya untuk MU... dan sungguh... "Aku redha kepada MU... pada segala ketetapan MU itu..." tentu pasti yang terbaik buat ku... insyaAllah.
Dan tadi, aku dihubungi adik yang bakal mennjalani rawatan IVF (ICSI)... mohon turut berdoa agar usaha dan ikhtiarnya diberkati Ilahi... pesanku hanya lah... "Serahkan segala urusan kepadaNYA... Tuhan yang maha merancang... moga baik di permulaan, mudah di pertengahan dan rahmah di penghujungnya..." aamiin3 ya rab
Redha-NYA sentiasa mendahului kita...
Berusahalah untuk redha diri kita adalah hamba kepadaNYA agar DIA redha kita sebagai hambaNYA... yang layak mendapat rahmat di sana.
mata hati mulai memandang..
ReplyDelete