Malam tadi saya sempat membelek-belek majalah Solusi. Jam dah menunjukkan pukul 10.32 malam, tetapi mata saya masih belum mau lelap. Maka saya capai majalah. Kot-kot lah bila membaca mata ini jadi penat lalu mengantuk.
Selak-selak laman majalah, saya tertumpu pada satu artikel tentang "Islam... yang kini tidak lagi indah...!" Lalu keinginan saya untuk tidur jadi buyar dek kerana artikel yang dipaparkan agak menarik perhatian.
Artikel ini membicarakan tentang kedudukan Islam dan Muslim kini. Bagaimana Islam yang menjadi sebahagian besar agama manusia di dunia, penduduk bumi, kini sedang berkembang pesat, tetapi dengan imej dan keindahan nya semakin jatuh dan merudum. Tiada kesatuan dan persatuan di antara negara-negara Islam. Bukan sahaja dari sudut politik, tetapi ketaasuban agama juga turut memecahbelahkan umat Islam dengan pelbagai mazhab, tarikat, asobiyah dan sebagainya.
Daripada keseluruhan populasi manusia di atas dunia ni, 2/10 atau 22% adalah Muslim atau bersamaan dengan 1.57 bilion penduduk bumi. Manakala Kristian sebanyak 2 bilion populasi nya.
Sementara daripada keseluruhan 22% Muslim di dunia, 80% daripadanya adalah bukan berbangsa Arab, iaitu termasuk lah kita-kita ini, orang Melayu, Jawa, Minang, Pattani, Rohingya, Muslim di negara-negara Jepun, Korea, Afrika dan di Barat, serta Eropah.
Mengikut paparan artikel tersebut, Islam adalah agama yang paling cepat kadar pertumbuhannya, iaitu sebanyak 2.9% setahun. Islam adalah agama yang ada di hampir 190 buah negara dalam dunia, dengan 49 buah negara memiliki majoriti rakyat Muslim. Dan sebanyak 72 buah negara daripada 190 negara tersebut memiliki populasi rakyat Muslim melebihi 1 juta orang.
Namun amat menyedihkan kerana daripada jumlah tersebut, 16.4 juta daripadanya adalah orang Islam pelarian. Seramai 5 juta orang adalah pelarian rakyat Palestine, yang di'jajah' oleh... (hanya) 6.2 juta orang Yahudi di tanah air mereka sendiri. Jumlah pelarian Palestine dan Yahudi ini hampir sama banyak. Sedangkan negara Palestine itu sendiri dikelilingi oleh negara-negara Islam- sebanyak enam buah negara iaitu Mesir, Turki, Jordan, Arab Saudi, Syria, Lebanon, dan Iraq yang sedikit jauh, dengan jumlah populasi keseluruhannya seramai 190 juta Muslim. Dengan jumlah yang begini ramai namun tetap saja tidak mampu untuk berbuat apa-apa bagi membantu rakyat Palestine yang semakin tertindas.
Terdapat 3 juta pelarian Afghanistan dengan konflik peperangan yang sudah tercetus sejak tahun 1978 lagi.. (sudah sangat lama) dengan kematian sekitar 2 juta orang.
Pelarian rakyat Muslim di Sudan seramai 1.9 juta, dan yang terkini konflik peperangan di Syria yang menyebabkan seramai 6.5 juta rakyat menjadi pelarian dalam negara tersebut sejak tahun 2011.
Populasi umat Islam yang meningkat dari tahun ke tahun, dianggarkan pada tahun 2030 populasi Muslim dunia mencapai 35% di mana 79 buah negara akan memiliki populasi rakyat Muslim melebihi 1 juta orang. Sebanyak 58.2 juta Muslim akan berada di negara-negara Eropah menjelang tahun 2030, dan di benua Amerika seramai 6.2 juta. Dan diramalkan juga negara-negara seperti Belgium, Canada dan Belanda bakal memiliki populasi rakyat Muslim melebihi 1 juta orang.
Kini jumlah Muslim di Eropah adalah seramai 44 juta orang, dengan jangkaan 30 hingga 50 ribu orang asal Perancis akan convert kepada Islam, menjadi Muslim dalam lima tahun kebelakangan ini. Dan di Jerman setiap tahun hampir 4 ribu orang bertukar agama kepada Islam. Jumlah populasi Muslim di Russia melebihi jumlah populasi rakyat Muslim di Jordan dan Libya, sementara populasi rakyat Muslim di China, lebih ramai daripada Muslim di Syiria.
Jumlah populasi yang meningkat dan bertambah ini tidak seiring dengan kekuatan ummah umat Islam seluruhnya. Malah kini umat Islam, dan negara-negara Islam semakin lemah, dipenuhi dengan pelbagai konflik- perebuatan kuasa/politik, pertentangan kefahaman, pecah amanah, dan juga masalah ekonomi. Penindasan dan kematian akibat peperangan, kelaparan, pelarian dan sebagainya berleluasa. Umat Islam ramai tetapi ibarat buih di lautan.
Hal ini seperti mana digambarkan lewat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi makanan dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih-buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Mengapa manusia sangat cinta kan dunia dan takut mati? Ini kerana manusia memandang bahawa dunia ini adalah tempatnya segala kesenangan, dan kematian adalah pemutus kesenangan tersebut. Terlebih lagi kepada para penguasa, para pemimpin yang punya kuasa. Dengan kuasa yang ada, mereka beroleh kesenangan, harta, pangkat, kedudukan yang ingin di'pegang' selama mungkin, sebanyak mungkin hingga merasa tidak mahu mati, seolah-olah mereka tidak akan mati.

Negara ini memiliki majoriti penduduk beragama Islam. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi negara. Namun bukan suatu yang pelik jika ada yang mengatakan bahawa Islam di negara ini tidak kelihatan keindahannya atau muncul persoalan, "Di mana indahnya Islam itu?"
Islam agama yang sukakan kebersihan tetapi isu kebersihan masih menjadi masalah utama di hampir semua negara Islam, tidak terkecuali di negara ini terutama di kawasan perbandaran, hingga menjadi salah satu punca banjir kilat, merebaknya penyakit-penyakit bawaan.
Islam agama berkasih sayang tetapi negara Islam paling banyak berperang sesama sendiri. Perang saudara antara puak, antara suku walaupun seagama menyebabkan rakyat terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri.
Islam agama harmoni, dan perdamaian. Sedangkan negara Islam yang paling banyak kacau bilau dan penindasan.
Dan Islam itu adalah agama yang paling 'mengamankan' jiwa dan hati. Namun agak terkilan bila mendapat pemimpin, seorang yang beragama Islam, dalam negara yang mempunyai majoriti rakyat Muslim tetapi realitinya rakyat makin hari semakin dihurung kegelisahan, jiwa tak tenang, kerana merasa tidak yakin dengan kepemimpinan yang ada hingga tekanan perasaan dan penentangan berlaku.
Krisis kepercayaan bukan sahaja di peringkat rakyat bawahan tetapi juga di peringkat barisan kepimpinan negeri dan Raja. Penguasa Muslim yang diberi mandat sebagai 'khalifah' bertindak seperti diktator yang tak punya iman. Nepotis, kronis, monopolis, metarialis dan korupsi menjadi-jadi.
Kalau Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa, "...ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh... ibarat buih-buih di laut..." Maka begini ini lah. Ramai orang Islam, majoriti pemimpin tertinggi negara beragama Islam, tetapi tidak membantu kepada kekuatan agama, tak membangunkan ummah, melanggar amanah, dan menyebabkan timbulnya perpecahan. Muncul beberapa golongan dan berpuak-puak, antara yang menyokong dan menentang pucuk pimpinan. Sedangkan musuh-musuh Islam di dalam dan di luar sanun sedang memerhati, bertepuk tangan. Menunggu saat dan ketika negara Islam ini 'jatuh terpuruk'.

Dan lebih membimbangkan, bila sikap pemerintah ini, di mana semua tujuan dan matlamat mereka... (bagi memastikan tampuk kuasa dan kekayaan kekal) menghalalkan segala cara. Maka 'peringatan' Allah pula yang datang/turun.
Sibuk pulak nanti panggil ustaz dari Mekah untuk jadi imam 'solat hajat perdana', minta negara aman makmur. Sebab kalau panggil ustaz tempatan, takut baca doa minta hajat lain pulak...
Tapi kalau buat solat hajat, minta Allah ubah pemimpin kita ni jadi seorang yang amanah dan lebih bertanggungjawab, pun baik juga kan. Sebab kalau tidak nanti, rakyat yang berubah.. camana!
Tapi kalau buat solat hajat, minta Allah ubah pemimpin kita ni jadi seorang yang amanah dan lebih bertanggungjawab, pun baik juga kan. Sebab kalau tidak nanti, rakyat yang berubah.. camana!
Dah dekat pukul 12 tengah malam barulah mata ini rasa nak lelap.
Tidur dulu lah... Bismillah....
No comments:
Post a Comment