Ini bermakna, anak-anak akan lebih ceria menyambut hari raya. Sepertinya dalam keluarga saya, hari raya korban atau juga disebut hari raya haji lebih meriah. Ini kerana di pagi hari raya, seusai solat sunat Aidiladha, acara menyembelih haiwan korban adalah satu acara yang senantiasa ditunggu-tunggu. Kanak-kanak dan saya kira termasuk juga orang dewasa akan beramai-ramai berkumpul di perkarangan masjid, surau atau balai-balai raya untuk sama-sama bergotong royong 'mengerjakan' binatang ternakan yang dikorbankan itu. Part ini lah yang menjadi tumpuan terutama kepada kanak-kanak... (yang berani) melihat haiwan-haiwan ini disembelih dan dilapah, peringkat demi peringkat hingga selesai.
Kalau dulu-dulu mengikut cerita arwah ayah saya, binatang korban hanyalah lembu. Tetapi kini, ada unta, kerbau dan juga kambing. Kerbau, lembu dan unta dibahagi kepada 7 bahagian (maksimum) tetapi kambing seekor adalah nisbah korban bagi 1 orang sahaja .
Ritual korban berawal dari sejarah Nabi Ibrahim as. bersama anaknya Nabi Ismail as. Nabi Ibrahim as merupakan antara manusia kesayangan Allah yang diangkat darjatnya menjadi Nabi.
Dan dari segi syariat, bukan sahaja umat Islam menuruti amalan korban Nabi Ibrahim as, malah pembinaan Baitullah iaitu Kaabah serta perjalanan ibadah haji juga adalah bersumber dari sejarah hidup Nabi Ibrahim bersama isteri nya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail as. yang kemudian disempurnakan tertib perbuatan syariat ibadah haji itu oleh Nabi Muhammad SAW.
Saya kira kisah sejarah bermulanya korban oleh Nabi Ibrahim ini semua sudah tahu. Begitu juga sejarah awal ritual pergerakan ibadah haji bermula daripada perlakuan tawaf, saie, melontar, tahallul dan sebagainya juga, kita telah sedia maklum dan arif. InshaaAllah.
Dan sesungguhnya keistimewaan manusia yang bernama Ibrahim ini jelas sekali hinggakan namanya disebut dan disalawatkan dalam bacaan tahiyatul akhir tiap solat.
Oleh itu cuba kita baca sedikit sejarah perjalanan Nabi Ibrahim mencari Tuhan, dan mengapa beliau begitu istimewa di sisi Allah SWT.
Nabi Ibrahim as dilahirkan di tengah-tengah masyarakat yang jahil serta kufur. Pada waktu itu Raja Namrud yang memerintah selama empat ratus tahun di kerajaan Babylon. Namrud jadi sangat bimbang bila mendapat firasat bahawa akan lahir seorang lelaki yang dapat menggulingkan kerajaannya. Gentar firasat nya akan menjadi kenyataan, maka dikeluarkanlah satu undang-undang yang memerintahkan semua anak lelaki yang lahir dalam tahun ini mesti dibunuh.
Ayah Nabi Ibrahim iaitu Azar bin Nahur tak sampai hati membunuh anaknya, lalu dibuang anaknya ke hutan belantara agar si bayi mati kelaparan atau dimakan binatang buas tetapi Allah SWT merencanakan yang lain.
Dengan anugerah Allah SWT, jari tangan Nabi Ibrahim as mengeluarkan madu lalu dihisap sehingga Nabi Ibrahim as tidak kelaparan, dan membesar sihat. Terperanjat ayahnya si Azar dan ibunya, melihat anaknya selamat dan tidak mati. Setelah undang-undang membunuh bayi lelaki dimansuhkan maka orang tuanya membawa Nabi Ibrahim balik.
Nabi Ibrahim as bukan sahaja tumbuh membesar sihat jasmani, tetapi baginda juga memiliki otak yang cergas. Nabi Ibrahim as terus mencari jawapan tentang "Dari mana datangnya manusia, siapakah penciptanya...?" Nabi Ibrahim as tidak pernah berhenti mencari Tuhan nya.
Baginda mencari siapa yang mencipta alam dan seisinya. Awalnya dia menganggap bintang yang menerangi malam itulah Tuhannya, namun akhirnya beliau menafikan setelah bintang itu hilang cahaya saat muncul bulan yang lebih terang.
Dalam Al-Quran surah Al-An'am: 76, "Ketika malam telah menjadi gelap, dia (Nabi Ibrahim) melihat sebuah bintang bersinar-sinar terang (lalu) dia (Nabi Ibrahim) berkata: "Itulah Tuhan ku" tetapi tatkala bintang itu terbenam, dia (Nabi Ibrahim) berkata: "aku tidak suka kepada yang terbenam hilang"..."
Nabi Ibrahim as terus mencari siapakah Tuhan yang sebenarnya, hinggalah Baginda diperlihatkan pada keagungan dan kekuasaan Allah SWT. Dalam Al-Quran, surah Al-An'am: 75, "Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (kami yang terdapat) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin."
Setelah beliau melihat kejadian bulan, bintang dan matahari, maka yakin lah dia bahawa itu semua bukan Tuhan. Lalu Nabi Ibrahim membuat kesimpulan bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT yang memiliki seluruh alam dan makhluknya.
Dan apabila keyakinan beliau benar-benar utuh dan teguh, beliau mula berdakwah- mengajak orang-orang di sekitarnya untuk meninggalkan tradisi menyembah berhala. Namun ajakan dan dakwah nya tidak endahkan. Beliau tidak pernah patah semangat, terus berdoa dan memohon.
Lalu dengan kehendak Allah jua, Nabi Ibrahim as. diberi ilham mengatur tindakan yang lebih praktikal dan bijaksana. Tatkala seluruh penduduk bersama Raja Namrud keluar memburu, Nabi Ibrahim as. masuk ke dalam kuil dan menghancurkan semua berhala menggunakan sebuah kapak besar. Semua berhala dihancurkan kecuali satu berhala paling besar, sengaja ditinggalkan, tidak diusik. Dan pada berhala besar itu, Nabi Ibrahim as. letakkan kapak yang digunakannya tadi.
Balik daripada memburu, Raja Namrud dan semua penduduk terkejut. Dengan sangat marah mereka mencari siapa yang berani menghancurkan tuhan-tuhan mereka. Nabi Ibrahim lantas dicurigai kerana beliau seorang sahaja yang tidak ikut memburu. Lalu Raja Namrud memerintahkan Nabi Ibrahim ditangkap. Di hadapan Raja Namrud, Ibrahim berdiri tegak dan tidak gentar sama sekali.
Lantas dia disoal, “Hai Ibrahim, apakah engkau yang menghancurkan berhala-berhala itu?”

Jawab Nabi Ibrahim, “Tidak, saya tidak melakukannya,”
“Jangan mengelak, wahai Ibrahim, bukankah kamu seorang yang tinggal ketika orang lain semua pergi memburu?” sergah Raja Namrud.
"Tidak! Bukan aku yang melakukannya, melainkan berhala besar itu yang melakukannya,” jawab Nabi Ibrahim as. dengan tenang.
Mendengar kata-kata Nabi Ibrahim as, Raja Namrud marah lantas berkata, “Mana mungkin berhala yang tak boleh bergerak itu engkau tuduh menghancurkan berhala lainnya?”

Mendengar kata-kata Raja Namrud, Ibrahim as. tersenyum lalu bertanya, mengapa masih disembah jika sudah tahu bahawa patung-patung berhala itu langsung tidak boleh bergerak untuk melakukan apa-apa sekalipun?
Kata-kata Nabi Ibrahim menyebabkan Namrud sangat marah, dan sebenarnya sedar tetapi kerana bodoh sombong, dia tak boleh terima kata-kata Nabi Ibrahim as. Lantas Nabi Ibrahim dijatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup.
Atas kehendak Allah SWT jua- sebagai menunjukkan kekuasaan-Nya, api tidak membakar Nabi Ibrahim as. walau sedikit pun. Dengan penuh yakin Nabi Ibrahim as. memegang Allah. Dengan sepenuh hati- beliau 'mengingat' bahawa:

"Memadailah bagiku hanya Allah (sebagai Penolong) dan Dia sebaik-baik Pelindung."
حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
No comments:
Post a Comment