Kisah-kisah ini merupakan cerita orang-orang 'suci' di masa silam.
Orang "suci" di sini bolehlah diertikan sebagai "orang alim" atau "waraq". Ia mengisahkan tentang sebuah perjalanan ajaib mereka dalam menempuh hakikat menuju Tuhan yang tiada batas, dan melalui kisah kemanusiaan inilah perjalanan mereka dapat diketahui. Pahit manisnya perjalanan sekaligus sebagai tangga untuk mencapai cinta-Nya, disertai 'pesan-pesan langit' untuk penghuni bumi.
Tuhan Melihat Hatimu
Pada suatu hari, Hasan Al-Basri berkunjung ke rumah Habib Ajmi, yang juga seorang sufi besar, selain beliau sendiri. Pada waktu solat, Hasan mendengar Hbaib Ajmi banyak melafazkan bacaan solat yang salah. Lalu Hasan memutuskan untuk tidak ikut solat berjamaah dengan Habib Ajmi. Dia merasa kurang sesuai untuk solat bersama orang yang tak boleh melafazkan bacaan solat dengan betul.
Pada malam harinya, Hasan Al-Basri bermimpi. Dia mendengar satu suara... (Tuhan barangkali) berbicara kepadanya:
“Hasan, jika saja kau berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan solatmu, kau akan mendapat keredhaan-Ku, dan solat mu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh solat yang kau lakukan di dalam hidupmu. Kau mencuba mencari kesalahan dalam bacaan solatnya, tapi kau tak melihat kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus, dan ikhlas daripada pengucapan tajwid yang sempurna"

Ujian
Ucapan Syaqiq al-Balkh kepada murid-muridnya:
“Kupertaruhkan Imanku kepada Allah, dan pergi mengharungi hutan belantara dengan wang secukupnya di dalam poket. Aku pergi menunaikan haji dan pulang, dan wang kecil (syiling) ini masih ada.”
Salah seorang muridnya berdiri dan berkata:
“Jika anda memiliki wang kecil di dalam poket, lalu bagaimana anda dapat katakan bahwa anda menggantungkan segala sesuatu kepada yang lebih Tinggi?”
Salah seorang muridnya berdiri dan berkata:
“Jika anda memiliki wang kecil di dalam poket, lalu bagaimana anda dapat katakan bahwa anda menggantungkan segala sesuatu kepada yang lebih Tinggi?”
Syaqiq al-Balkh menjawab:
“Tidak ada lagi yang dapat kukatakan, anak muda ini benar. Ketika engkau menggantungkan segala sesuatu kepada Allah, maka tidak ada tempat lagi untuk apa pun, sekecil apa pun, sebagai bekalan!”
“Tidak ada lagi yang dapat kukatakan, anak muda ini benar. Ketika engkau menggantungkan segala sesuatu kepada Allah, maka tidak ada tempat lagi untuk apa pun, sekecil apa pun, sebagai bekalan!”
Orang Gila Yang Faham
Ada seorang gila yang tidak pernah ikut solat secara berjamaah. Di hari Jumaat, dengan segala susah payah, orang-orang memujuknya untuk hadir ke masjid. Maka dia pun hadir solat Jumaat bersama-sama untuk berjamaah.
Akan tetapi ketika Imam memulakan solat, orang gila tersebut justeru melenguh, membuat bunyian seperti bunyi seekor lembu jantan. Orang-orang menyangka bahawa penyakit gila orang itu datang lagi, dan pada saat yang sama mereka ingin membantunya.
Selesai solat mereka menegurnya:
“Apakah engkau tidak berfikir tentang Allah, engkau bersuara seperti seekor binatang di tengah-tengah solat jamaah?”
Si orang gila menjawab:
“Aku hanya lakukan apa yang dikerjakan Imam. Ketika dia telah 'menekankan', dia membeli seekor lembu, maka aku pun bersuara lah seperti seekor lembu!”
Ketika jawapan pelik ini disampaikan kepada tuan Imam, malah tuan Imam mengakui:
“Ketika aku menyebut "Allahu Akbar", aku sedang memikirkan pertanianku. Dan ketika sampai pada "alhamdulillah", aku berfikir bahawa aku akan membeli seekor lembu. Pada saat itulah aku mendengar suara lenguhan.” ... seperti suara seekor lembu jantan!
Mari kita sama-sama mengambil iktibar dari setiap cerita yang dikisahkan ini.
...pesanan untuk diri saya sendiri sesungguhnya....
No comments:
Post a Comment