kudengari satu persatu.. menusuk timpa jauh menyusuri.. hanyut.. di dasar hati.. terhampar di situ.. mata mulai berkaca meruntun airmata.. jiwa mulai basah.. jasad mulai dingin.. karam.. di situ kutemui lagi.. diriMu.

Sunday, July 13, 2014

Dianugerahkan-Nya Pertemuan Itu

Rasa yang meruntun jiwa... sayu, syahdu!

Sebermula dengan rasa (redha) antara sesama manusia.... yang kemudiannya membawa kepada 'rasa' yang lebih mendalam.. iaitu 'rasa' redha hamba kepada Tuhannya...
Menuju kehadrat Allah, si pemilik rasa itu sepenuhnya...secara total!...

Bermuzakarah...!
Aku dan Dia (Sahabat)..

Bermula di suatu ketika...
Di alam maya....
Tanpa memandang...
Tanpa mendengar....
Tanpa dekat.... hanya 'rasa' itu yang mengikat...

Sahabat: Ya lah, terlintas tiba-tiba... Anak2 isteri / suami jangan jadi halangan untuk pergi ke DIA sudah lah.."Dibanggakan anak, pasangan, harta benda.. Bukannya hak mutlak kita..!"
Aku: Ya benar... tapi besar dugaannya tu...

Sahabat: Tak tau lah apa nak diucap...
Kita ni dah sampai satu peringkat- memikirkan soal asal usul dari Pencipta..
Tiga, empat bulan ni ada sedikit rasa lain..., lain sangat!

Aku: Kenapa? 

Sahabat: Ini soal manusia dengan Pencipta.
Ramai saya perhati di sekeliling- maaflah saya ucapkan, ramai yang hampir tersungkur, terpesona dengan habuan dunia...


Sahabat: Indah rasa... kalau kita sama-sama merasai...
Aku: InsyaAllah....
Sahabat: Kasihnya Allah yang Maha bersifat Penyayang... Subhanallah..!
Aku: Itu yang sepatutnya kita cari dan kita gapai... kasih yang kekal dan tak pernah berhenti.
Sahabat: Allahhuakbar..!
  

Aku: Saya suka kalau dapat kongsi ilmu, dan saya setuju... ilmu mengenal Tuhan, mengenal Allah bukan lah sama seperti mana kita belajar tafsir ayat atau hadis... kena dari dalam mata hati dan ikhlas semata-mata kerana Allah...
Harap kita dapat saling bertukar fikiran.., berbagi 'rasa' itu!


Sahabat: Tuhan tu bahasa rasa, bukan bahasa kata-kata...
Jadi untuk kenal DIA, kena 'rasa'...
Itulah... Hebat dan indahnya kalau selalu di dalam majlis yang memperakui kehebatan Pencipta.. Sampai boleh tak sedar hari dah pagi. 


Aku: Ah! Tak tau nak cakap apa... Allahuakhbar. Hebatnya Allah..! 
Sahabat: Kena beringat sentiasa dan istiqomah bersikap begitu.. selalu ingat letak duduk diri kita sebagai hamba-NYA. 

Aku: Hamba-NYA.. Ya kita ni tak ada apa-apa sebenarnya...
Sahabat: Ya lah sama-sama kita...

Sahabat: Manusia tak boleh lari dari sifat fana (binasa) dan si perbaharu (tidak kekal)..
Islam harus menjadi roh kehidupan... FULL STOP!


Aku: Saya teringat pesanan Ustaz Zul Ramli... Kalau semua manusia dapat lakukan tugas dan peranan dengan baik dan beramanah sebagai hamba ALLAH,  maka tak akan ada orang lain yang akan marah, yang claim hak mereka, dan tak akan wujud persengketaan...
Sahabat: BENAR..

Aku: Ya betul... Setuju. Sebelum kita beri ilmu dunia kepada anak2, berilah pendidikan akhlak dulu... Sebagaimana Rasulullah mendidik sahabat... Akhlak dulu yang dibaiki kemudian baru lah ibadah, syariat yang ditegaskan.

Sahabat: Sampai ke destinasi akhir iaitu.. MATLAMAT AKHIR YANG PASTI.. the ultimate objective...
Aku: Benar!

Sahabat: Sehingga akan sampai ke satu peringkat akhir... tak ada ruang untuk logik akal dan pemikiran... Tiada perkataan, tiada huruf, tiada noktah...
Hanya RASA..
Itulah HAKIKAT DIRI..
Akhirnya kembali ke DIA...

Aku: Dalam dan tinggi bahasa itu... 

Sahabat: Bukan saya yang bercerita, tapi Kalam Allah yang menyampai... saya tak ada apa-apa. Saya tak ada apa-apa hak yang mutlak... Semuanya milikNYA..
Jangan sesekali berbangga dengan diri.


Sahabat: 'Rasa' bukan ilmu..
Aku: Amal? 
Sahabat: Ilmu diajar guru, iaitu manusia... sementara, 'rasa' gurunya Allah..
Amal tu hanya untuk diri bukan untuk Hakikat Sebenar Diri...

Aku: Makna kena mohon hidayah dan petunjuk Allah semata-mata untuk dapat 'rasa' ?

Sahabat: Asasnya Mengenal Diri dulu...
Rasulullah SAW bersabda... "Awal agama mengenal Allah"... tetapi untuk mengenal Allah, kita diwajibkan mengenal diri dulu...


Sahabat: Soal ni saya dah terlanjur cerita, maka perlu kepada pencerahan agar tak ada rasa terkeliru kelak...
Aku: Baik... Saya pun rasa perlu diterangkan. Saya ingat lagi masa kita berdiskusi hingga ke larut malam.. sampai ke pagi kalau tak silap, depan pintu asrama sekolah dulu... Pun hampir isu-isu seperti ini lah yang dibicarakan...

Sahabat: Ah!.. Sah saya tak teringat.. Ni hah baru terkenang..
Aku: Tika tu persoalan demi persoalan, banyak yang tak terjawab..
 
Sahabat: Hah... Tiba2 mata ni berkaca.. Tergenang..

Aku: Syukur sebab Allah bagi peluang.
"Sesungguhnya mana-mana manusia yang Allah mahukan kebaikan untuknya maka dia diberi kefahaman terhadap agama..." Alhamdulillah
 

Sahabat: Allah.. satu 'rasa' dah mula mengalir..
Dari dalam merebak ke setiap urat ia mengalir...
Satu 'rasa'...
Hanya DIA..
ALLAH...!

Aku: Subhanallah...
Sahabat: Seperti terasa nak ditinggalkan dunia ni.. ALLAH!

Sahabat: Kalau awak boleh 'rasa' apa yang saya 'rasa'.. Allahuakbar!
Aku: Tiada perkataan untuk nak digambarkan.

Aku: Sambil-sambil bekerja ni saya dengar youtube "Konsep mengenal diri"...
Barang siapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhannya...

Sahabat: "Kenal dirinya akan mengenal Tuhannya" Ustaz Saripi Rawi?
Boleh tu.. Perlahan-lahan dalaminya..
Aku: Baik... InsyaAllah

1 comment:

  1. selamilah dlm rasa itu untuk ditemukan dengan perjumpaan itu.

    ReplyDelete